Ia antara langkah yang diambil Kerajaan Madani bagi mengatur strategi dalam memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 di bawah skim jaminan pembiayaan perniagaan SGPP khusus untuk membantu pengekspor perusahaan kecil dan sederhana PKS yang terjejas bagi mendapatkan pinjaman daripada bank komersial.
00:15Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga bersetuju menambah dana pembiayaan mudah sebanyak RM500 juta melalui institusi pembangunan keuangan DFI.
00:23Kata Perdana Menteri ia antara langkah yang diambil Kerajaan Madani bagi mengatur strategi dalam memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana.
00:36Dan ini akan kita pantau khususnya dengan syarikat-syarikat PKS.
00:43Keempat, menggalak kerjasama serantau dan pasaran baru seperti yang saya tegaskan tadi peningkatan dengan EU Timur Tengah dan negara-negara Teluk Asia Tengah dan Amerika Selatan dan Afrika.
01:02Dan mengukuhkan integrasi ASEAN, projek pembangunan merentasi ASEAN seperti grid kuasa ASEAN, ASEAN Power Grid yang telah disepakati dan telah diputuskan untuk merancakkan aktiviti ekonomi dan disegerakan.
01:23Perdana Menteri Vietnam akan menandatangani perjanjian awal pada akhir Mei ini.
01:33Anwar yang juga Menteri Keuangan menambah Kerajaan Madani telah menyediakan peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf prasarana di sempadan antara Sarawak dan Sabah dengan Kalimantan Indonesia antaranya bagi memudah cara pergerakan barangan dua hala.
01:47Usaha dimantatkan di peringkat ASEAN 3 untuk mengukuhkan kerjasama kewangan termasuk menambah baik bantuan kecairan serantau Chiang Mai.
01:55Selain itu, Ahli Parlimen Tambun ini berkata, kerajaan terus membuka rundingan bagi perjanjian perdagangan dan pelaburan baharu seperti dengan Kesatuan Eropah, EU dalam mempelbagaikan pasaran perdagangan.
02:06Jelas beliau, usaha kerajaan dalam mengeratkan hubungan antarabangsa telah membuahkan hasil.