Anwar Ibrahim nyatakan kesediaan Malaysia menjadi pengantara konflik India-Pakistan, susulan serangan berdarah di Kashmir yang cetuskan ketegangan diplomatik antara dua negara.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Malaysia menyatakan kesediaannya untuk memainkan peranan dalam meredakan ketegangan antara India dan Pakistan susulan serangan berdarah di Kashmir pada 22 April lalu.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di Facebook mengaitkan bahawa Malaysia mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara tersebut.
00:20Kata Anwar, Malaysia bersedia menjadi peantara sekiranya diperlukan demi menjamin kestabilan dan keamanan serantau.
00:26Beliau menifatkan hubungan baik Malaysia dengan India dan Pakistan sebagai aset penting yang boleh dimanfaatkan untuk menggalakkan dialog serta mencari penyelesaian damai kepada ketegangan yang sedang berlaku.
00:37Serangan berdarah di Kashmir menyasarkan pelancong di Pahalgam, Jamu dan Kashmir dan dida'u dilakukan oleh kumpulan militan The Resistance Front yang dikaitkan dengan Lashkar Itaiba sekaligus mencetuskan ketegangan diplomatik antara New Delhi dan Islamabad.
00:52Anwar turut memaklumkan bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Syed Bas Sharif dan ambil maklum mengenai penangguhan lawatan rasmi ke Malaysia yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini.
01:03Katanya beliau memahami situasi sukar yang sedang dihadapi Pakistan dan berharap keadaan akan reda dengan segera serta tidak terus memburuk.
01:12Tambah beliau, Syed Bas turut menyuarakan penghargaan atas hubungan erat antara Malaysia dan Pakistan serta menyuarakan hasrat untuk mempercepatkan pemetraian memorandum bersefahaman yang masih dalam peringkat rundingan.
01:25Anwar menyatakan komitmen Malaysia untuk menyambut lawatan rasmi Syed Bas ke Kuala Lumpur apabila keadaan kembali stabil di Kashmir.