Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil says the government's goal is not merely to see Malaysia's position improve in the Press Freedom Index, but more importantly, to support media practitioners who are now facing the evolution of Artificial Intelligence (AI).
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Like I said before, the media index is one index that was used by reporters without borders, RSF, and it has a lot of factors.
00:14So, kadangkala, sebuah negara itu, kedudukan di index meningkat tanpa ada apa-apa peningkatan mendadak dari segi dasar ataupun pelaksanaan di negara itu disebabkan negara lain yang turun.
00:32Masa yang sama, di Malaysia, terutama tahun lalu, ada beberapa perkara yang telah kita laksanakan yang bagi saya mungkin menampakkan hasil yang positif.
00:43Yang antara lain ialah mengubal undang-undang baru Majlis Media Malaysia yang kita harap menjelang Hari Wartawan Nasional akan dapat dibentuk majlis ataupun lembaga pengasasnya dan ini adalah langkah positif, langkah yang kita anggap langkah kanan.
01:04Jadi, matlamat kita bukan semata-mata untuk melihat kedudukan Malaysia dalam indeks seperti indeks kebebasan media.
01:14Ini meningkat.
01:15Tapi, saya lihat bagi rakan-rakan media, banyak cabaran yang dihadapi sekarang perlu ditangani dengan segera.
01:24Ini termasuk juga isu pekerjaan, isu kebajikan, isu menangani keberadaan kecerdasan buatan, AI.
01:36Yang ramai risau apakah AI akan menggantikan wartawan.
01:43Jadi, isu yang kita hadapi ini adalah isu yang besar dan bagi saya, laporan RSF ini memberi kita peluang untuk bermuhasabah dan mempertingkat usaha untuk membela nasib rakan-rakan pengamal media.
02:02Saya sedia untuk mengadakan perbincangan yang mendalam dengan rakan-rakan dari bukan sekadar NUJ tapi dari MPI dan NGO-NGO yang mewakili contoh dengan klub-klub gabungan wartawan.
02:20Supaya pandangan dari pelbagai pihak dapat diambil kira, kita memang perlukan garis panduan, kita perlukan pemahaman supaya kita dapat manfaatkan AI dan tidak menjadi mangsa.
02:36Sama ada kepada berita palsu, maklumat yang tidak tepat ataupun salah guna AI, terutama dalam bidang media.
02:45Jadi, saya sedia untuk bertemu dan mengadakan.
02:48InsyaAllah, saya akan cuba luangkan masa minggu ini setidak-tidaknya untuk mendapatkan pandangan awal daripada pihak NUJ.
02:56Saya lihat pandangan daripada pihak RSF ini wajar kita pertimbangkan tapi masa yang sama undang-undang sedia ada adalah terpakai.
03:08Jadi, kita perlu cari titik keseimbangan.
03:12Kita tidak boleh membenarkan maklumat yang tidak betul termasuk yang menyentuh isu 3A yang mungkin mengganggu gugat ketenteraan awam itu berleluasa.
03:23Jadi, rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan media berhak untuk bersuara dan membuat pelaporan menjalankan tugas-tugas mereka tapi undang-undang sedia ada masih terpakai.