Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Pencerobohan tanah Raub: SPRM sudah ada senarai untuk dipanggil

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan tanah yang dijadikan kebun durian di Raub, Pahang, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan dan Mukhriz Mat Husin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, senarai itu turut meliputi pegawai kerajaan yang telah pencen.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara: Recalling Jakarta Statement 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Selasa. 

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725677/berita/semasa/ceroboh-tanah-raub-sprm-sudah-ada-senarai-untuk-dipanggil

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #cerobohtanahRaub #SPRM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perkembangannya, tangkapan tak ada tetapi kita menyiasat kes berkenaan dengan teliti dan kita bukan sahaja melihat kepada isu-isu tata kola
00:11tapi kita nak melihat bagaimana selama ini boleh terlepas pihak-pihak berkenaan dalam meneroka tanah
00:19kerana kemungkinan diingat, tahun 2021 dahulu kita telah siasatan bersama telah dijalankan sebagai hampir selesai dan mungkin telah selesai di pihak pejabat tanah
00:28tetapi bagi kes yang baru ini, kita lihat bagaimana penerokaan yang baru
00:33jadi bila berlaku yang baru, jadi separuh kepada penerokaan yang baru mengatakan mereka mula meneroka tahun 1974
00:40mungkin kalau 1974 pokoknya mungkin dah berusia berapa tahun? 40 tahun, 50 tahun, 50 tahun yang lebih kurang
00:49jadi ada pokok yang berusia dalam 8 tahun, 9 tahun, ini penerokaan yang lain
00:54jadi kerajaan negeri telah mengikira semua ini
00:57jadi pihak-pihak yang bertanggungjawab akan dipanggil ketika itu siapa yang bertanggungjawab akan dipanggil untuk menjawab soalan-soalan yang lain
01:05ada kata siapa yang akan dipanggil dalam senarai pun?
01:08ada dalam senarai, ialah kalau dah berkurang dalam 10 tahun lepas dan sebagainya
01:14dan sebagainya jadi menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat tracing
01:23checking background siapa yang bertugas ketika itu
01:27jadi ambil masa sedikit dan terutama sekali kepada mereka yang meneroka
01:31bagaimana mereka boleh meneroka
01:34jadi keadilan dalam penyiasatan ini adalah penting
01:37selamat menikmati

Recommended