Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Utamakan ibadah, jangan leka rakam video di Raudah

Jemaah haji diingatkan tidak leka atau ghairah merakam gambar serta video semasa mengunjungi Masjid Nabawi dan Raudah, Madinah, lapor wartawan Sinar Harian,Nur Farhana Abdul Manan.

Pengurus Ibadat Haji Madinah, Mohamad Zahir Hussin@Yusof berkata, apabila diberikan peluang memasuki masjid atau Raudah, jemaah perlu mengutamakan solat sunat serta berdoa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725482/berita/nasional/utamakan-ibadah-jangan-leka-rakam-video-dan-gambar-di-raudah

#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji2025 #TH #Madinah
Transcript
00:00Apabila disebut Raudah dan disebut Raudah ini ia berasingan dengan makam Rasulullah SAW
00:06di mana Raudah ini berada bersebelahan dengan makam Rasulullah SAW
00:13dan kawasan Raudah ini adalah amat terhad
00:16jadi sebab itu kalau kita lihat di dalam nusuk
00:20nusuk pun setiap jemaah haji ataupun setiap jemaah yang hadir ini diberi peluang
00:25dan begitu juga oleh penduduk Arab Saudi sendiri
00:28mereka hanya diberi peluang mengunjungi untuk masuk ke dalam Raudah itu dalam setahun hanya sekali
00:34jadi apabila para jemaah haji Malaysia yang diberi peluang untuk memasuki Raudah
00:41jadi masa yang diberikan agak singkat
00:44jadi dalam tempoh yang singkat ini sekurang-kurangnya kita solat dua rekaat
00:50solat dua rekaat
00:52sama ada solat hajat ataupun tahiyyatul masjid
00:56jadi ambil peluang dua rekaat ini
00:58dan ambil peluang untuk kita berdoa
01:01kita berdoa
01:03doa yang telah mungkin dikirimkan oleh waris-waris kita
01:07jadi ambil peluang yang singkat ini
01:10untuk sekurang-kurangnya dua soalat
01:12dua rekaat solat di Raudah nanti insyaAllah
01:15baik Alhamdulillah ini merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan sebagai seorang Islam
01:21sebenarnya saya seorang yang mualaf
01:23dan saya mendapati peluang ini memberikan saya satu jalan untuk lebih dekat kepada Allah SWT
01:34bukan saya di kota Madinah nanti selepas ini kita akan ke Mekah
01:38dan saya rasa perlu memanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang ada ini
01:43untuk terus dekat kepada Allah beribadah kepadanya
01:47mungkin secara ringkas pengalaman saya kali pertama
01:50dua kali masuk Raudah pada tahun 2021
01:54masa itu lepas Covid
01:56dengan pengalaman saya masuk Raudah
02:00kita masuk bersama media yang lain semalam pagi
02:04pengalamannya lebih berbeza
02:06saya boleh rasakan Allah mengizinkan saya merizukikan
02:11lebih lama saya dapat berada di dalam Raudah
02:14dan juga layanan saya tak sangka
02:16secara jujurnya cerita ini bukan nak beriak ke apa tidak
02:20tetapi saya cuba memberi ibrah kepada rakan-rakan yang lain
02:24yang mana nak datang
02:26kita, betul apa Ustaz kata
02:28kita perlu berniat daripada awal sebelum kita sampai ke sini
02:33saya selalu doa Allah kerjadikan aku tetamu istimewamu
02:37datang ke sini
02:38aku ingin berlama-lama dengan Rasulullah
02:40aku, kita kena ingat kita selalu menjaga adab
02:43bila kita menjaga adab
02:44kita masuk pergi salam
02:46kita tidak menolak-lolak
02:47kita kalau nak rakam untuk personal
02:49rakamlah dengan beradab
02:51terima kasih
02:55selamat menikmati

Recommended