Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Seramai 19 petugas media Tabung Haji bagi tahun 1446hijrah termasuk 14 pengamal media diberi kesempatan mengikuti lawatan ziarah luar Madinah di Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Jabal Uhud, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.

Rata-rata mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Suci berasa teruja kerana diberi peluang menyelami perasaan jemaah haji apabila mengunjungi lokasi bersejarah itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725395/global/pengamal-media-th-sertai-ziarah-luar-madinah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Madinah #TabungHaji #Haji

Transcript
00:00Seramai 19 petugas media tabung haji bagi tahun 1446 hijrah termasuk 14 pengamal media diberi kesempatan mengikuti lawatan ziarah luar Madinah di Masjid Kuba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Jabal Uhud.
00:17Rata-rata mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di tanah suci berasa teruja kerana diberi peluang menyelami perasaan jemaah haji apabila mengunjungi lokasi bersejarah itu.
00:27Pembimbing Ibadat Haji TH, Kamaruddin Abdul Hamid berkata, ziarah sedemikian penting berikutan media merupakan platform terbaik dalam menyampaikan dakwah serta ilmu mengenai agama Islam terutama berhubung sirah perjalanan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam di Kota Madinah.
00:47Ia memberi peluang kita menyingkap kisah sejarah Nabi selain menerbitkan keinsafan dalam hati.
00:59Supaya mereka dapat mengetahui sejarah daripada tempat-tempat sejarah ini yang pernah Nabi hadir dekat sini dan at least dapat menambahkan lagi ilmu mengetahuan.
01:10juga dapat diwarwarkan kepada masyarakat umum di negara kita lah Malaysia insyaAllah.

Recommended