Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Calon PRK Ayer Kuning selesai mengundi

Ketiga-tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong pada jam 8.45 pagi dan selesai mengundi di saluran dua pada jam 8.52 pagi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725131/berita/politik/calon-prk-ayer-kuning-selesai-mengundi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning
Transcript
00:00Ketiga-tiga calon PRK Dun Ayakuning selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada pagi Sabtu.
00:07Calon Barisan Nasional, Dr. Muhammad Yusri Bakir tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Lesung pada jam 8.45 pagi dan selesai mengundi di saluran 2 pada jam 8.52 pagi.
00:19Sementara itu, calon Perikatan Nasional Abdul Muhaymin Malik selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayakuning pada jam 8.35 pagi.
00:27Yang di-Pertua PAS Kawasan Tapah itu hadir bersama isteri, Rabiah Abdul Aziz serta ibu bapanya, Salma Abdul Latif dan Malik Mohamad.
00:37Calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS-39, menjadi individu pertama mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Feng Loo.
00:45Peguam itu hadir ke pusat mengundi tersebut jam 8 pagi diiringi timbalan pengerusi PSM, S. Arachavan dan mengundi di saluran 2.
00:53PRK Ayakuning diadakan susulan kekosungan luar jangka apabila penyandangnya, Issam Sharuddin, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.
01:05Pada pilihan raya umum ke-15 BN, menang dalam pertandingan 5 penjuru dengan majoriti 2,213 ungi.
01:12Terima kasih kerana menonton!
01:16Terima kasih kerana menonton!

Recommended