220 lembu, kerbau divaksin, bendung hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengambil langkah segera melakukan vaksinasi ke atas lebih 220 ekor lembu dan kerbau bagi membendung penularan wabak hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) yang dikesan menular di daerah Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarahnya, Dr Anun Man berkata, proses vaksinasi dilakukan ke atas ternakan di kawasan berisiko, dalam radius lima kilometer dari lokasi wabak dikesan di Kampung Dusun Tembakau, Manir, pada 7 April lalu.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/725327/edisi/terengganu/jpv-terengganu-vaksin-ternakan-cegah-penularan-hawar-berdarah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #JPV #wabakhawar #hawarberdarah #Veterinar #Korban

Category
🗞
NewsTranscript
00:00Jabatan Perkhidmatan Veterina Terengganu mengambil langkah segera melaksanakan vaksinasi terhadap ratusan ternakan bagi membendung penularan wabak hawa berdarah atau hemorrhagic septicemia.
00:12Setakat ini, lebih 220 ekor lembu dan kerebau telah diberikan suntikan vaksin tersebut.
00:18Pengarah JPV Terengganu, Dr Anun Man berkata proses itu membabitkan ternakan dalam radius 5km dari lokasi wabak di Kesan di Kampung Dusun Tembakau, Manir, Kuala Terengganu pada 7 April lalu.
00:33Menurutnya, langkah ini penting untuk mengelakkan gangguan bekalan lembu bagi tujuan korban menjelang sambutan Aidil Arha tidak lama lagi.
00:42Menurut Dr Anun, antara cabaran utama proses vaksinasi ialah penternakan secara lepas bebas yang diamalkan oleh sebahagian penternak sekaligus menyukarkan proses kuarantin dan suntikan vaksin.
00:56Beliau turut mengiakkan penternak agar membawa ternakan mereka ke kandang bagi memudahkan pemvaksinan dijalankan.
01:05Hawar berdarah mudah menyerang ternakan terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu seperti yang dialami ketika ini.
01:11Tahun lalu, lebih 11,000 suntikan vaksin telah diberikan ke atas lembu dan kerbau di seluruh negeri Terengganu.
01:20Justru orang ramai dinasihatkan mendapatkan pengesahan kesihatan ternakan daripada jabatan berwajib bagi memastikan kelancaran ibadah korban pada tahun ini.
01:30Sekarang ini kita sangat risau bila permintaan yang tinggi, kita sangat risau kemasukan tanpa sebarang kebenaran.
01:40Sebab segala pemindahan kemasukan ataupun kebenaran kemasukan untuk tujuan korban ataupun tujuan sembelih ataupun bela,
01:48semuanya memerlukan permit sembelih yang kita sahkan bahawa seji kesihatan itu adalah penakan tersebut dalam keadaan yang sihat.
01:58So, kebimbangan kita bila permintaan yang tinggi terdapatnya kemasukan secara ilegal.
02:05Dan kes sebegini ini, kita bukan sahaja ada hawa berdarah, kita juga ada penyakit kuku dan mulut pada di daerah Kuala Tengganu juga.
02:12Ini disebabkan oleh kemasukan secara ilegal di atas permohonan yang tinggi atau permintaan yang tinggi untuk tujuan korban.
02:21Sekarang untuk bekalan korban memang kebanyakan traders ataupun pengusaha-pengusaha telah bawa masuk dan gemukkan untuk sebulan dan prepare untuk bekalan korban.
02:35So, memang trendnya apabila berlaku wabak-wabak penyakit ini inilah waktu yang sangat-sangat kita risau.