Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam pelajar sekolah diyakini mampu menyemai semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap negara dalam kalangan generasi muda.
Transcript
00:01Jalur Gemilang yang tersemat pada seragam pelajar sekolah sejak Isnin diakini bahkan menjadi pemangkin terbaharu dan terbaik ke arah penyemayan semangat cinta dan sayangkan negara, khususnya dalam kalangan generasi muda.
00:13Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan, inisiatif lencana Jalur Gemilang itu walaupun hanya sekadar imej kecil pada seragam sekolah, ia memainkan peranan yang sangat penting apabila pemakaiannya secara harian bukan sekadar membangkitkan rasa bangga pelajar kepada negara.
00:30Beliau berkata ia juga mampu mengutuhkan lagi semangat patriotisme pelajar yang dipupuk secara tidak langsung menerusi pendekatan simbolik, psikologi dan pendidikan nilai selain dilihat memainkan peranan penting merapatkan lagi jalinan kebersamaan antara kaum.
00:45Menggula selanjutnya, beliau berkata pemakaian lencana Jalur Gemilang juga secara psikologinya jika diamalkan sejak kecil serta digabungkan dengan nyanyian lagu Negaraku dan ikra ruku negara setiap hari sudah pasti menjadi manifestasi pada diri pelajar, akan bertanggungjawab dan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia.
01:03Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar akan dilaksana secara berperingkat di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya yang bermula pada Isnin.
01:16Langkah itu melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru dengan objektif menyemai semangat petrotisma dalam kalangan murid serta warga pendidik.

Recommended