Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang lelaki maut ditikam disyaki akibat perebutan tempat meminta sedekah dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18 Syak Alam tengah hari Kamis.
00:10Ketua Polis Daerah Syak Alam SCP Maul Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 40 tahun yang merupakan peminta sedekah di kawasan itu telah bertengkar dengan suspek lelaki yang juga peminta sedekah disyaki bagi merebut kawasan untuk melakukan aktiviti terbabit.
00:27Katanya suspek bertindak mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam dada mangsa beberapa kali sehingga mangsa jatuh terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
00:39Beliau berkata bertindak atas maklumat pihaknya menahan suspek berusia 28 tahun kira-kira 12.30 tengah hari dan semakan lanjut mendapati lelaki itu memiliki 9 rekod jenayah lampau.
00:51Kis disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan menekala permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Syah Alam pagi Jumaat.