Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan sekatan penuh Israel terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza kini memasuki hari ke-50, memberi amaran tentang keadaan yang semakin merosot yang membahayakan nyawa orang awam.
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menegaskan sekatan penuh Israel terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza kini memasuki hari ke-50, memberi amaran tentang keadaan yang semakin merosot dan membahayakan nyawa orang awam.
00:14Memetik pejabat PBB untuk penyelarasan hal ehwal kemanusiaan, juru cakap PBB Stefan Dujaric berkata, sejak awal Mac, tiada satu trak pun yang membawa makanan, bahan api, ubat-ubatan atau apa-apa keperluan lain dibenarkan masuk walaupun sepenting mana pun bekalan itu untuk kelangsungan hidup penduduk di sana.
00:35Dujaric memberi amaran mengenai stok makanan yang sangat rendah di kawasan itu. Katanya catuan telah dipotong, ubat-ubatan penting, vaksin dan bekalan perubatan kini hampir kehabisan.
00:48Dujaric menjelaskan ambulans terpaksa mengurangkan perkhidmatan menyelamatkan nyawa kerana hampir tiada bahan api untuk menggerakkan kenderaan itu. Katanya gas memasak pula telah lenyap dari pasaran, manakala kedai roti terpaksa ditutup.
01:01Dujaric memberi amaran bahawa kesan sekatan penuh, penyekatan yang berterusan, bantuan kemanusiaan adalah amat dahsyat.
01:08Jelasnya kadang-kadang orang dewasa kini kelaparan dengan akses kepada rawatan kesihatan semakin lumpur.
01:13Dalam situasi ini, serangan terhadap orang awam termasuk pasukan kecemasan dan petugas bantuan pula kembali meningkat.

Recommended