Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Presiden Donald Trump mahu Elon Musk terus berkhidmat dalam kerajaan meskipun Musk sahkan akan tumpu semula kepada Tesla, susulan tekanan pasaran dan tamat mandat sebagai pegawai khas.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan hasratnya untuk mengekalkan Elon Musk dalam kerajaan untuk jangka masa yang panjang meskipun billionaire itu mengesahkan akan mengurangkan komitmennya terhadap pentadbiran persekutuan bagi memberi tumpuan semula kepada syarikatnya Tesla.
00:18Trump menyifatkan Musk sebagai patriot hebat yang telah menyumbang besar kepada negara termasuk dalam bidang automotif dan teknologi angkasa.
00:30tentang individu. He's an incredible guy. He's a brilliant guy. He's a wonderful person. I've seen him with his family. I've seen him with a lot of his children. He's got a lot of children. He treats him good. He loves his children.
00:44But he's a brilliant guy. And he was a tremendous help both in the campaign and in what he's done with Doge. And, you know, we're talking about almost 200 billion dollars and rising fast because many of the things that we were looking at are now being found out to be fact.
01:05Trump turut menyelar tindakan segelintir pihak yang didakwa menyerang Musk dan Tesla secara tidak adil menyifatkannya sebagai usaha segelintir individu yang cuba menjatuhkan reputasi tokoh tersebut.
01:23Musk sebelum ini mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Doge, satu agensi khas yang diwujudkan Trump sejak hari pertama memegang jawatan.
01:29Di bawah kendaliannya, Doge melaksanakan pemotongan besar-besaran dalam sektor perkhidmatan awam termasuk pemberhentian kaki tangan, pembatalan kontrak dan pengurangan perkhidmatan bagi mengurangkan defisit negara.
01:41Namun, pada selasa, Musk mengesahkan bahawa beliau akan mengurangkan perlibatan kepada hanya satu atau dua hari seminggu sekaligus menimbulkan persoalan terhadap kesinambungan peranan Doge.
01:50Beliau dijaga menamatkan peranannya sebagai pegawai khas kerajaan menjelang akhir Mei dan kini beralih fokus kepada pemulihan Tesla yang berdepan tekanan pasaran.

Recommended