Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Seramai 632 petugas haji Tanah Suci digerakkan ke Arab Saudi secara berperingkat bermula hari ini bagi membuat persiapan awal operasi musim haji tahun 1446H/2025M.
Transcript
00:00Seramai 632 petugas haji Tanah Suci digerakkan ke Arab Saudi secara berperingkat bermula hari ini bagi membuat persiapan awal operasi musim haji tahun ini.
00:11Hari ini, dua penerbangan dengan seramai 74 orang petugas termasuk daripada Esra Awani diwakili editor eksekutif Zaiful Arifin serta editor kanan dan penerbit Azizul Azwar berlepas Tanah Suci.
00:23Ini akan diikuti kumpulan selebihnya yang digerakkan bagi memastikan segala persiapan dalam keadaan terbaik sebelum ketibaan Jemaah Haji Malaysia di Madinah dan Mekah.
00:35Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji TH, Datuk Syed Hamadah Syed Osman berkata sebagaimana tahun sebelumnya ia menempatkan petugas haji Tanah Suci secara menyeluruh merangkumi
00:46pelbagai sektor termasuk pengurusan maktab dan zon, kesihatan, bimbingan ibadat haji dan ziarah, kewangan, media, pengangkutan, sajian, bagasi dan khidmat pelanggan.
00:57Bagi musim haji tahun ini, terdapat dua kumpulan petugas utama iaitu petugas rombongan kebajikan seramai 358 orang dan petugas rombongan perubatan seramai 274 orang.
01:08Mereka yang bertindak sebagai barisan hadapan ini telah mengikuti kursus yang cukup komprehensif bagi meningkatkan kecekapan, pengetahuan serta kemahiran
01:16bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya dan cukup terlatih dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menyantuni 31,600 bakal haji negara.
01:25Penerbangan pertama Jemaah Haji Negara akan bermula pada 29 April 2025, manakala penerbangan terakhir ialah pada 1 Jun.
01:33Bagi tahun ini, hari wukuf iaitu 9 Zulhijjah dijangka pada hari Kamis 5 Jun.
01:38Sebanyak 100 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa ke semua Jemaah Haji Malaysia melibatkan syarikat penerbangan amal by Malaysia Airlines Berhad dan Saudia Airlines.
01:49Sebanyak 8 buah stesen berlepas akan digunakan untuk jemaah di seluruh negara bagi urusan melapor diri iaitu di Kota Baru, Kuala Terengganu, Alustar, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu dan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.
02:05Sebelum penerbangan nanti...
02:08Terima kasih telah menonton!
02:09Terima kasih telah menonton!
02:10Terima kasih telah menonton!

Recommended