Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Thailand, Pichai Chunhavajira, yang merupakan perunding utama Thailand, belum memberikan butiran mengapa ia ditangguhkan dan jika tarikh lain sudah dipersetujui.
Transcript
00:00Rundingan perdagangan antara Thailand dengan Amerika Syarikat yang sepatutnya berlangsung pada 23 April ditangguhkan.
00:06Bagaimanapun, timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keuangan Pichai Chun Hawaii Havajira yang mengetuai pasukan perunding Thailand
00:13belum memberikan butiran mengapa ia ditangguhkan dan jika tarikh lain sudah dipersetujui.
00:21Menteri Perdagangan Thailand Pichai Naritapan yang juga sebahagian daripada pasukan rundingan berkata,
00:26kerajaan berharap rundingan itu akan dapat membuahkan hasil kerana kedua-dua negara sudah lama menjalin hubungan dua hala yang baik.
00:35Thailand antara negara Asia Tenggara yang berdepan kadar tarif tertinggi selepas selebihan dagangannya dengan Amerika Syarikat meningkat lebih dua kali ganda
00:43kepada kira-kira $46 bilion tahun lepas daripada kira-kira $7 bilion pada awal penggal pertama Presiden Donald Trump.
00:50Perdana Menteri Thailand, Petontan Shinawat berkata, levy yang lebih tinggi daripada jangkaan ke atas perhantarannya ke Amerika
00:58yang juga merupakan pasaran eksport terbesar Thailand boleh mengurangkan sekurang-kurangnya satu mata peratusan pertumbuhannya tahun ini
01:04jika ia tidak dirundingkan.
01:08Thailand telah menawarkan untuk meningkatkan import komoditi Amerika Syarikat seperti Jagung, Gas Asli dan Ithena
01:14selain mengurangkan uniti import dan menghapuskan halangan bukan tarif untuk mendapatkan perjanjian.
01:20Negara itu juga berjanji melaksanakan pemeriksaan lebih ketat terhadap barangan yang dihantar ke Amerika
01:24untuk mengelakkan pemalsuan oleh pihak ketiga bagi mengelak tarif tinggi yang dihadapi mereka.
01:29Terima kasih telah menonton!

Recommended