Pemain sayap sensasi Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim mengalami keretakan pada bahagian hidungnya ketika perlawanan menentang PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Sabtu malam.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pemain sayap sensasi Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim mengalami keretakan pada bahagian hidungnya ketika pelawanan menentang PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Majlis Pandaraya Pertarian Jaya MBPJ Sabtu malam.
00:14Selangor FC memaklumkan pakar telinga hidung dan tekak. ENT mengesahkan pemain berusia 27 tahun itu akan dirawat secara konservatif serta mendapatkan pemeriksaan rapi dalam masa terdekat.
00:26Jelas kenyataan Selangor FC pada ahad menurut Dr. Pakar ENT, beliau mengalami fracture nasal bone with mucosa listeration dan akan dirawat secara konservatif serta mendapatkan pemeriksaan rapi dalam masa terdekat.
00:42Bagaimanapun, tiada kesan membahayakan untuk beliau beraksi di atas padang.
00:46Muhammad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim bertembung dengan kapten PDRM FC Fifth Friday Obilor pada minit ke-55 perlawanan dan bahagian hidungnya kelihatan terkena siku Obilor.
01:01Selangor FC bagaimanapun menutup musim ini dengan bergaya selepas menang 2-0 ke atas PDRM FC menerusi jaringan pada babak kedua menerusi Alvin Fortes dan Yohandri Orozco masing-masing pada minit ke-49 dan masa kecederaan.
01:15Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi kekal di tangga kedua Liga dengan mengumpul 52 mata manakala The Cops pula menamatkan saingan di kedudukan ke-9 Liga selepas mengutip 27 mata.