SPR berharap 100% pengundi awal yang terdiri daripada 500 anggota polis dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam proses Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning hari ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sementara itu, Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan Suruhanjaya merekodkan peratusan keluar mengundi awal sebanyak 22.8% hingga 9 pagi tadi.
00:12Ia berharap akan mencapai 100% menjelang petang nanti.
00:16Beliau juga menasihatkan pengundi supaya keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi mengelak kesesakan selain hujan diramalkan pada sebelah petang.
00:24Sepanjang kemping Pilihan Raya Kecil PRK Dewan Undangan Negeri Dun Air Kuning katanya, SPR menerima 27 laporan berkaitan pelbagai kesalahan pilihan raya.
00:34Empat daripadanya membabitkan laporan polis dan ia berkaitan kes tidak serius.
00:38Menurutnya, SPR sudah mengambil tindakan keseluruhan kes terbabit.
00:42Bagaimanapun ujar beliau, empat laporan masih dikendalikan polis walaupun sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan kes serius.