Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menyamun seorang wanita di kedai bunga di Jenjarom, Kuala Langat. Rantai emas bernilai RM4,000 dilarikan. Polis sedang mengesan suspek dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai bunga di Jenjarum, Kuala Langat semalam.
00:10Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Muhammad Sufian Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada jam 4.50 petang yang mendakwa disamun ketika bersama anaknya di kedai bunga berkenaan sekitar pukul 1.30 tengah hari.
00:24Menurut laporan, mangsa didatangi sekumpulan lelaki menggunakan sebuah kereta proton saga berwarna putih dalam keadaan kepala bertutup dan bersenjatakan parang.
00:35Lelaki berkenaan mengacukan parang kepada mangsa sebelum ragut rantai emas di leher pengadu yang dianggarkan berlilai RM4,000 sebelum melarikan diri.
00:44Menerusi satu kenyataan, Muhammad Sufian berkata mangsa dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:49Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395397 Kanun Kesiksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kuala Langat bagi membantu siasatan.
01:06Selamat menikmati.

Recommended