Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat manakala di Johor kekal setakat pagi ini berbanding petang semalam.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara PPS di Sabah meningkat manakala di Johor kekal setakat pagi Rabu.
00:08Di Sabah, jumlah mangsa banjir yang bertambah kepada 228 orang daripada 75 keluarga berbanding 203 mangsa semalam.
00:18Mereka ditempatkan di PPS masing-masing di Beaufort dan Keningau.
00:22Seramai 152 mangsa daripada 54 keluarga masih berada di sebuah PPS di Beaufort dan 76 mangsa daripada 21 keluarga di Keningau.
00:318 kampung masih terjejas banjir iaitu 6 di Beaufort dan bakinya di Keningau.
00:37Di Johor pula, jumlah mangsa yang berlindung di PPS kekal 56 orang.
00:42Segamat menjadi satu-satunya daerah masih terjejas banjir.
00:452 PPS yang masih beroperasi bagi menempatkan kesemua 56 mangsa.
00:49Situasi banjir di negeri itu dijangka pulih memandangkan cuaca pada pagi Rabu di semua daerah adalah lebih baik dengan tiada laporan hujan lebat atau ribut peti.

Recommended