Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
SPRM dan Kementerian Ekonomi menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau projek-projek yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi di peringkat negeri dan daerah.
Transcript
00:00Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Ekonomi menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau projek-projek yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi di peringkat negeri dan daerah.
00:12Menurut SPRM, pasukan khas ini akan saling berhubung dan melakukan pertukaran maklumat berkaitan jumlah peruntukan yang diluluskan kepada negeri dan daerah.
00:21Mereka juga akan melaksanakan pemeriksaan mengejut dan siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pelaksanaan projek-projek yang diluluskan.
00:31Selain itu, pasukan ini juga bertanggungjawab mengenal pasti kelemahan dan menambah baik SOP dalam penentuan serta penyaluran bajet, pemantauan dan pelaksanaan projek.
00:42Sementara itu, Ketua Pesulajaya SPRM Tan Sri Azabaki mengalu-alukan keterbukaan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bagi memastikan ketelusan dalam mengekang ketirisan projek-projek yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi demi kepentingan rakyat.

Recommended