Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan mengenai komitmen Malaysia untuk menarik pelaburan mampan yang memberikan kesan limpahan positif kepada ekonomi negara.
Transcript
00:00Malaysia selaku pengurusi ASEAN 2025 komited untuk meningkatkan kesaling hubungan dan kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN.
00:10Peran Menteri Dato' Syarano Ibrahim turut menekankan mengenai komitmen Malaysia untuk menarik pelaburan mampan yang memberikan kesan limpahan positif kepada ekonomi negara.
00:20Katanya Malaysia sebagai pengurusi ASEAN 2025 komited untuk memupuk sebuah rantau yang lebih berdaya tahan inklusif dan berorientasikan rakyat yang diintegrasikan dengan lancar kepada ekonomi global.
00:35Ini termasuk memperteguh hubungan dengan negara jiran seperti Thailand. Beliau berkata demikian kepada pemimpin perniagaan Thailand dalam satu pertemuan di Bangkok pada Khamis.
00:45Beliau berkata Malaysia berpandukan kepada dasar ekonomi yang teguh termasuk pelan Indok Pendustrian Baru 2030, Strategi Semikodakter Nasional dan Strategi Pelaburan Hijau.
00:57Menurut Perdana Menteri, inisiatif ini bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan menambah baik kemampuan rantai bekalan tempatan dalam memenuhi permintaan sektor utama Malaysia yang semakin berkembang.
01:07Katanya Malaysia bersedia membantu pelabur Thailand yang berminat untuk melaksanakan projek pelaburan berkualiti di negara ini, khususnya dalam aktiviti nilai tambah tinggi dalam sektor yang disasarkan.

Recommended