Tentera Israel memaklumkan telah menembak jatuh sebuah dron yang dipercayai cuba menyeludup senjata dari Mesir ke wilayah Israel dalam insiden pada hari Selasa.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tentera Israel memaklumkan mereka berjaya menembak jatuh sebuah drone yang cuba menyeludup senjata dari wilayah Mesir ke dalam wilayah Israel.
00:08Insiden ini merupakan sebahagian daripada peningkatan cubaan penyeludupan senjata dan dadah merentasi sempadan Mesir Israel yang kini sering dilakukan menggunakan drone dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
00:20Selain penyeludupan masuk ke Israel, pihak berkuasa Israel juga mengesan usaha untuk menghantar barangan terlarang dari Israel ke Gaza menggunakan kaedah yang sama.
00:27Pada 15 Mac, tentera Israel mengagalkan cubaan penyeludupan apabila sebuah drone yang membawa senjata dari Mesir ditembak jatuh sebelum memasuki Israel.
00:36Sebelum itu pada 29 Januari, satu lagi drone yang membawa 13 laras senjata serta peluru turut dikesan dan dimusnahkan oleh pasukan pertahanan Israel ketika cuba melintasi sempadan.
00:47Walaupun Mesir telah mengambil beberapa langkah tegas seperti memusnahkan rangkaian terowong haram dan membina zon penampan di sepanjang sempadan,
00:55aktiviti penyeludupan masih berterusan dan menjadi ancaman keselamatan yang signifikan kepada Israel.