Presiden Donald Trump berbincang dengan Sultan Oman mengenai rundingan seterusnya dengan Iran, sambil menekankan pendirian tegas untuk menghalang pemilikan senjata nuklear oleh Tehran.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berbual di telefon bersama Sultan Oman bagi membincangkan pusingan-rundingan seterusnya antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:09Jurul cakap White House memaklumkan pendirian utama Trump dalam merundingkan ini adalah untuk terus menggunakan saluran diplomatik bagi menghalang Iran daripada memiliki subarang senjata nuklear.
00:18Trump turut berbincang dengan Sultan Haitam bin Tariq Al-Sayed mengenai operasi ketenteraan yang sedang dijalankan oleh Amerika Syarikat terhadap kumpulan Houthi di Yaman yang dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini.
00:32Levit menjelaskan kempen tekanan maksimum terhadap Iran masih diteruskan dan Trump secara konsisten menekan pendiriannya untuk menyelesaikan isu nuklear Iran melalui dialog serta diplomasi.
00:43Menurut beliau, Trump juga menegaskan arahan kepada pihak pentadbiran bahawa Iran tidak boleh sama sekali diberi peluang untuk memiliki senjata nuklear.
00:53Perkara itu turut ditegaskan dalam perbualan dengan Sultan Oman.
00:57Kedua-dua pihak menyifatkan sesi runingan awal antara Amerika Syarikat dan Iran yang berlangsung hujung minggu lalu di Oman sebagai satu perkembangan yang positif dan membuka ruang kepada dialog seterusnya.
01:07Trump kembali melancarkan dasar tekanan maksimum terhadap Iran sejak Februari lalu selepas menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 yang dimeterai antara Teheran dan enam kuasa besar dunia ketika penggal pertamanya.
01:21Terima kasih.
01:23Terima kasih.
01:24Terima kasih.