Bukit Segambut, Kuala Lumpur 14/06/2020
Anwar Ibrahim: Saya menyampaikan satu syarahan terkait Kemelut Kewangan Asia di Universiti Harvard semasa saya di Amerika Syarikat. Setelah sesi di Harvard, saya bersama dalam satu dialog di Florence, Italy di European University Institute bertajuk “Study Group on Faith and Economics” bersama Amartya Sen, Emma Rothschild dan Michel Camdessus. Saya turut berpeluang membedah dan membicarakan terkait kemelut tersebut bersama beberapa pakar ekonomi yang sangat arif mengenai ekonomi. Mereka menanyakan pandangan saya terkait krisis tersebut dari kaca mata seorang yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan. Ini apa yang dikongsikan kepada mereka.
Pengemudian negara sepanjang kemelut tersebut ternyata menjadi topik perbualan hangat, dari dulu sehingga hari ini. Meski peristiwa tersebut berlaku lama dulu, namun wacana terkaitnya tidak hanya sekadar perbualan yang akademik. Keputusan dan kebijakan yang diambil pada ketika itu meninggalkan kesan yang bukan kecil kepada negara dan ekonomi. Saya turut disoal mengenainya tatkala negara kini di ambang kemelut ekonomi ketiga dalam tempoh 25 tahun, dan seterusnya apa pengajaran yang dapat diteladani.
Krisis kewangan 1997 bermula seperti halnya sebahagian krisis-krisis yang lain dengan peristiwa-peristiwa yang tidak menguntungkan di satu sudut ekonomi. Gergasi korporat yang tampak gah berdepan penutupan dan kebankrapan. Perusahan lain pula terperangkap dengan masalah hutang. Matawang negara tiba-tiba merudum dengan mendadak.
Satu gejala muncul dan krisis terus memuncak tatkala sentimen pasaran mula berubah dan menjadi kaku hanya dalam tempoh satu malam. Para pelabur mula kepanikan. Bank-bank berhenti beroperasi. Seluruh sistem tergendala tatkala wang mulai susut dan ekonomi menunjukkan tanda-tanda untuk menguncup.
Dalam masa yang sama kerajaan-kerajaan seluruhnya telah memulakan perencanaan tentang bagaimana harus kemelut itu ditampan, dan seterusnya mengembalikan pertumbuhan dan kestabilan kepada negara masing-masing. Saya merupakan Menteri Kewangan ketika itu, dan Malaysia mula merasai kesannya yang bermula sekitar bulan Januari 1997. Sepanjang tahun 1997 dan 1998, kerajaan telah menerapkan langkah-langkah yang perlu bagi membendung kemelut tersebut yang sedang merempuh seluruh rantau Asia Tenggara.
Ini termasuk mengurangkan perbelanjaan awam sebagai usaha kerajaan pada ketika itu untuk memulihkan akaun semasa, mengambil langkah-langkah penjimatan, dan juga menaikkan kadar faedah bagi mendukung kedudukan Ringgit yang mungkin dihadapkan dengan serangan spekulasi matawang.

Category
🗞
News