Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perkembangan Pertama
00:30Anggota Polis akan bertugas untuk memastikan aspek keselamatan delegasi
00:34Manakala lebih 2,000 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen dalam keadaan siap-siaga
00:39Kita dah kenal pasti semua pintu masa utama KLA, bangunan bunga raya termasuklah lapangan terbang Subang
00:49Sebab ada beberapa tamu negara yang akan datang dengan pesawat khas yang akan mendarat di sana
00:55Jadi dari sudut imigresen kami sedang di fasa akhir, dari sudut persiapan personel, dari sudut fokus tugasan
01:05Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugrah Perikmatan Cemelang Jabatan Imigresen Malaysia tahun 2024 di Putrajaya
01:14Dalam pada itu, kawalan trafik akan dilaksanakan PDRM bagi memastikan pergerakan kenderaan rasmi dan delegasi asing
01:21Terutama kehadiran pemimpin ASEAN, Wakil GCC serta jagaan kehadiran Perdana Menteri Cina, Lee Kiang
01:27PDRM akan memulakan percubaan kawalan keselamatan bermula 20 Mei ini dengan mengambil kedudukan lebih awal
01:34menjelang sidang kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mei di Kuala Lumpur
01:40Sidang kemuncak ASEAN ke-46 menghiburkan 10 pemimpin negara anggota blok
01:45bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi
01:49selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan
01:52ASEAN Cooperative Dialogue ACD 2025 bersetuju meluluskan empat resolusi kritikal
02:02bagi meratakan gerakan kooperasi dalam kalangan komuniti ASEAN
02:06Empat resolusi itu adalah menginstitusikan ASEAN Cooperative Organizations ACO
02:12sebagai sekretariat rasmi untuk menerajui gerakan kooperasi di ASEAN
02:17dan dengan fokus utama kepada pelaksanaan dasar kooperasi peringkat ASEAN dan global
02:23Selain itu, menggalakkan jaringan strategik dan kerjasama serantau
02:28serta menyokong pelbagai aktiviti kooperasi antara negara ASEAN
02:31Ia termasuk penubuhan jatuhan kuasa ASEAN bagi promosi dan kemajuan kooperasi
02:36COPEC ASEAN yang berperanan mengiktiraf kejayaan
02:39mempromosikan perdagangan dalam kalangan negara ASEAN atau rentas sempadan
02:43dan mengukuhkan ekosistem keusahawanan kooperasi global
02:46Resolusi kedua ialah menubuhkan kementerian khusus atau badan kebangsaan
02:51di peringkat negara untuk kooperasi yang merangkumi pembangunan dasar
02:54penggubalan peaturan dan penjajaran strategik dengan keutamaan serantau
02:58di bawah ASEAN Community Vision 2025
03:01Ketiga, mengiktiraf gerakan kooperasi sebagai enjin pertubuhan ekonomi kemanusiaan
03:06di negara-negara ASEAN melalui rangka kerja Lestari Sosioekonomi Kooperasi ASEAN
03:10yang inklusif oleh ECO
03:12Resolusi terakhir bagi dialog itu adalah menubuhkan
03:15Institut Kepimpinan Kooperasi ASEAN
03:17Ia bagi mengukuhkan kepimpinan kooperasi, pembangunan kapasiti dan jalinan kerjasama
03:22termasuk pembangunan pemimpin kooperasi
03:25memperluas penyertaan golongan belia, wanita dan kumpulan minoriti
03:28dalam gerakan kooperasi
03:30serta pergerakan bakat merentasi negara ASEAN
03:33Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Kooperasi
03:36Datuk Seri R. Ramanan dalam ucapan malam gala ACD 2025 berkata
03:41dialog itu permulaan kepada satu perjalanan
03:44ke arah masa depan lebih inklusif
03:46berdaya tahan dan penyatuan untuk semua
03:48Katanya ACD 2025 juga hadir tepat pada masanya
03:52ketika rantau itu merancang pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan
03:55serta gerakan kooperasi
03:57berteraskan pembangunan untuk rakyat
03:59memainkan peranan penting dalam usaha itu
04:01Satu laluan pengangkutan baru antara China dan Vietnam
04:11dijangka merancangkan hubungan perdagangan serantau
04:14Komboi yang terdiri daripada 18 lori kargo dan 2 bas
04:18telah berlepas dari China menuju ke Hanoi pada Rabu
04:21menandakan detik penting dalam usaha memperkukuh
04:24keterhubungan perdagangan antara kedua-dua negara
04:27Ia merupakan kali pertama kenderaan kargo dari China
04:31dibenarkan memasuki kawasan pedalaman Vietnam
04:34di bawah perjanjian pemudahan pengangkutan rentas sepadan
04:37iaitu satu inisiatif di bawah program kerjasama
04:40subwilayah Mekong besar
04:41Kenderaan tersebut yang membawa komponen elektronik
04:44sayur-sayuran segar dan barangan am
04:46berlepas dari kuming di wilayah Yunan dan Naning
04:49di wilayah autonomi Guangxi Zhuang
04:51Konvoi tersebut dijangka tiba di ibu negara Vietnam pada Khamis
04:55Laluan ini merupakan satu penambahbaikan ketara
04:58dalam memudahkan pengangkutan jalan antarabangsa
05:00antara China dan Vietnam
05:02sekaligus meningkatkan kecakapan logistik
05:04Berbanding laluan sebelum ini
05:05koridor baharu ini menjimatkan kira-kira
05:08satu hari masa perjalanan
05:09bagi setiap lori
05:10dan mengurangkan kos hingga 1,000 yuan
05:12sekitar 138.9 dolar Amerika Syarikat
05:16Thailand sedang mempertimbang
05:20untuk membuka laluan penerbangan terus
05:22antara wilayah timur laut negara tersebut
05:24dan Vietnam
05:25bagi usaha memanjukan sektor pelancongan
05:28serta memperkukuh hubungan dua hala
05:30Perdana Menteri Thailand Petotan Shinawad berkata
05:33cadangan pembukaan laluan baru
05:35melibatkan beberapa lapangan terbang
05:37di timur laut Thailand
05:38Katanya, langkah itu dijangka memberi impak positif
05:43terhadap sektor pelancongan dan pengangkutan
05:45antara kedua-dua negara
05:46Dalam hal itu, Thailand turut merancang
05:48menggalakkan lebih banyak pengangkutan darat
05:50ke Vietnam melalui lau
05:51Beliau berkata demikian ketika lautan rasmi
05:54ke Vietnam pada Khamis
05:55Dalam hal itu, beliau bersama Perdana Menteri Vietnam
05:58turut menyaksikan majlis menandatangani
06:00lapan dokumen kerjasama
06:01melibatkan pelbagai sektor
06:03termasuk perdagangan, pelaburan dan usaha
06:06membantras jenayah narkotik
06:08Terdahulu, pada tahun 1995
06:10Thai Airways International
06:12pernah mencadangkan laluan dari Bangkok ke Danang
06:15dengan persinjahan di Ubon Ratchatani
06:18susulan populasi besar rakyat Vietnam dan Thai
06:21di wilayah tersebut
06:23Anggaran tahunan
06:24sekitar sejuta pelancong dari Vietnam
06:26mengunjungi Thailand
06:28manakala setengah juta rakyat Thailand
06:29melancong ke Vietnam
06:31antara pilihan destinasi termasuk
06:33Huyi, Danang, Dalat dan Sapa
06:35Terima kasih telah menonton!
07:05Terima kasih telah menonton!
07:35dan ingin selamat menonton!
07:42Terima kasih telah menonton!
07:44Terima kasih telah menonton!
07:45Terima kasih kepada saya,
07:46Prime Minister Yath�� Ste
08:04peniagaan tempatan terjejas kira-kira 2 tahun khususnya peniagaan ekspor dan sektor berkaitan.
08:11Institusi kewangan kerajaan katanya perlu mendidikan bantuan terutamanya bagi pengekspor
08:17yang menghantar barangan ke Amerika. Selain itu katanya institusi kewangan kerajaan
08:21perlu membantu perniagaan Thai untuk bersaing dengan lambatkan import dari China.
08:26Turut ditekankan adalah bantuan untuk sektor hartanah khususnya pinjaman pasca pembiayaan
08:31serta pengusaha pelancongan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana PKS.
08:37Chunha Fajira berkata kesan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika tidak akan menjejaskan Thailand
08:42lebih daripada negara lain jika situasi ini diuruskan dengan baik dan berpotensi memberikan
08:47manfaat jangka panjang kepada ekonomi negara. Dalam pada itu katanya bank simpanan kerajaan
08:52akan menyediakan pinjaman mudah 100 bilion baht kepada institusi kewangan lain pada kadar
08:57faedah 0.01% bagi menyokong pengeksport yang terjejas oleh langkah tarif AS.
09:04Manakala bank eksport import Thailand pula merancang melaksanakan langkah pengurangan
09:08kadar faedah sebanyak 20% kepada pengeksport berbanding kadar semasa.
09:13Menurutnya kos pelaksanaan inisiatif itu dijangka akan ditanggung sepenuhnya oleh
09:17Exim Bank. Bagaimanapun sekiranya beban kewangan itu terlalu tinggi untuk ditanggung
09:22sepenuhnya, kementerian kewangan dijangka mengemukakan cadangan pemberian subsidi.
09:25Kemboja dan Lau memperkukuh kerjasama keselamatan sempadan dalam usaha
09:32memerangi jenayah rentas negara termasuk permerdagangan manusia dan penyeludupan
09:37dadah. Komitmen itu dimeteraikan dalam pertemuan rasmi antara timbalan
09:41Perdana Menteri Kemboja, Saar Soka bersama Menteri Keselamatan Awam Lau,
09:46Kolonel General Ville Lacanfong.
09:50Kedua-dua pemimpin menekankan kepentingan kerjasama agensi penguatkuasaan
09:55undang-undang bagi menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraan awam di kawasan
09:59sempadan. Antara tumpuan utama perbincangan bagi meningkatkan operasi bersama,
10:04memperluaskan perkongsian maklumat risikan serta memperkukuhkan pembangunan kapasiti
10:09sumber manusia dalam bidang keselamatan. Dalam pada itu pelbagai inisiatif penguatkuasaan
10:14turut dilaksanakan seperti rondaan bersama dijalankan oleh kedua-dua negara tersebut
10:18sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kerjasama dua hala ini sejajar dengan
10:23kerangka ASEAN yang menggalakkan tindakan kolektif dalam menangani cabaran
10:27keselamatan serantau. Kemboja dan Laos berkongsi sempadan sepanjang lebih
10:31500km, menjadikan kerjasama rentas sempadan sebagai keutamaan dalam menangani
10:36jenayah seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan pengedaran dadah.
10:41Langkah ini menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan
10:45dua hala yang berasaskan kepentingan bersama dalam memastikan keselamatan
10:49rakyat serta kestabilan rantau.
10:53Korea Selatan dan Laos jalin kerjasama untuk capai sasaran pertumbuhan hijau
10:58dan pelaburan mampan melalui Forum Perkongsian Sifar Bersih Korea Laos 2025
11:03di Viantian pada Selasa. Forum bertujuan memperluas kerjasama pengurangan
11:07pelepasan karbon serta menggalakkan inisiatif pelaburan hijau yang menyumbang
11:12kepada matlamat pembangunan mampan ke dua-dua negara.
11:15Forum Anjuran Bersama Kedutaan Korea Selatan dan Agensi Promosi Perdagangan
11:21Pelaburan Korea, COTRA, bersempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik
11:25ke-dua-dua negara. Dalam pada itu, Presiden Asia Tenggara dan Ushiana COTRA,
11:30Ku Boon Kyung, menegaskan komitmen Korea Selatan bagi mencapai karbon neutral
11:34menjelang 2050 serta kepentingan Laos sebagai rakan strategik dalam pembangunan
11:40tenaga hijau. Rakan antarabangsa seperti Global Green Growth Institute,
11:44Korea International Cooperation Agency dan COTRA turut mengemas kini mengenai
11:49bantuan teknikal dan mekanisme perdagangan karbon di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris.
11:54Sempena forum itu juga, beberapa peneraju teknologi hijau Korea Selatan
11:59turut mempamerkan inovasi tenaga hijau dan teknologi pengurangan karbon.
12:03Selain itu, dua memorandum persefahaman ditandatangani bagi pembangunan
12:08infrastruktur e-basikal dan projek tenaga solar. Inisiatif ini dijangka menjadi
12:14hasil pengurangan mitigasi antarabangsa pertama di bawah Perjanjian Paris
12:18antara Korea Selatan dan Laos.
12:24Baik, sekarang saja untuk ASEAN 25. Saya Pia Arnadia. Salam hormat. Kita jumpa lagi.
12:33Terima kasih kerana menonton!

Recommended