Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan berkaitan jenayah pecah amanah membabitkan jumlah keseluruhan RM859,131.29, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika menerajui Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728335/berita/semasa/ramasamy-mengaku-tidak-bersalah-17-pertuduhan-pecah-amanah

#SinarHarian #BeritaSemasa #kespecahamanah #mahkamah #Butterworth
Transcript
00:00Bekas Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang P. Ramasami mengaku tidak bersalah terhadap 17 perturuhan berkaitan jenayah pecah amanah
00:09membabitkan jumlah keseluruhan RM859,131.29.
00:16Beliau didaul melakukan kesalahan tersebut ketika menerajui Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang LWHNPP.
00:24Ramasami dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Kesesaan bagi kesemua pertuduhan.
00:32Pengakuan tidak bersalah itu dibuat di harapan Hakim Zul Hasmi Abdullah di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Batuas hari ini.
00:40Sebanyak 13 daripada pertuduhan melibatkan pembelian pedati emas manakala 4 lagi pertuduhan ialah 2 berkaitan kelulusan bantuan pendidikan dan 2 pertuduhan melibatkan bantuan perubatan.
00:54Bagi pertuduhan pertama hingga ke-13, Ramasami didakwa sebagai pengurusi LWHNPP yang diamanahkan dengan penguasaan dana milik LWHNPP melakukan pecah amanah jenayah
01:06membabitkan jumlah keseluruhan RM779,131.29.
01:13Tertuduh didakwa menyalahgunakan harata tersebut dengan membuat bayaran melalui satu cek dan telegraf atas nama seorang kakitangan LWHNPP L Gunasagaran
01:24untuk pembelian pedati emas daripada syarikat Manasawuk Kresyen MWC tanpa mendapatkan kelulusan mesyuarat LWHNPP terlebih dahulu.
01:35Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank berasingan di Georgetown antara Mei 2019 hingga April 2023.
01:43Bagi pertuduhan ke-14 dan ke-15, Ramasami didakwa melakukan pecah amanah apabila menggunakan dana LWHNPP untuk membuat bayaran RM50,000
01:54melalui satu cek atas nama V. Manggaya Kasari pada 9 Mac 2020 dan RM15,000 melalui satu cek atas nama Daniel Saudra Rajan Abdullah pada 24 Ogos 2021
02:07tanpa kelulusan mesyuarat LWHNPP.
02:11Dua pertuduhan selebisnya melibatkan bayaran bantuan pendidikan iaitu RM10,000
02:16melalui satu cek atas nama T. Sugeta pada 5 Januari 2022 dan RM5,000 melalui satu cek atas nama C. Gaurishan Kere pada 9 Februari 2022
02:29juga tanpa kelulusan LWHNPP.
02:32Bagi pertuduhan 1 hingga 13, hakim menetapkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti di pohon pihak pendawaan.
02:43Bagi pertuduhan ke-14 dan ke-15 pula, mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin
02:51bagi dua pertuduhan melibatkan bayaran perubatan dan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan melibatkan bantuan pendidikan.
03:01Jumlah keseluruhan jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah ialah RM78,000 yang telah dibayar oleh Ramasami.

Recommended