Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Formula PH-BN bawa kestabilan, harap diterjemah di Sabah – PBRS

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut baik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dengan menyifatkannya sebagai langkah penting bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri itu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, formula Kerajaan Perpaduan yang terbukti membawa kestabilan di peringkat nasional diharapkan dapat diterjemahkan di peringkat Sabah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728472/berita/politik/formula-kerajaan-perpaduan-bawa-kestabilan-harap-diterjemahkan-di-sabah-ndash-pbrs

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PBRS #PRNSabah #politik

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa hari yang lalu, Kepimpinan Tertinggi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah keluarkan kenyataan bersama
00:08bahawa kerjasama BNBH itu akan diperjamakan dan dikuatkan lagi di peringkat Sabah.
00:16Dan ini selari dengan formula Kerajaan Perpaduan yang kita ada sekarang di Kerajaan Tersebutuan.
00:22Ini bagi pandangan saya adalah sangat penting sebab Kerajaan Perpaduan ini telah membawa kestabilan politik kepada negara kita
00:31yang sangat diperlukan untuk kita membangunkan negara kita.
00:36Jadi sebagai seorang wakil rakyat penasabah dan juga sebagai presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah
00:41yang juga merupakan komponen barisan nasional, harapan saya sangat tinggi bahawa formula Kerajaan Perpaduan ini
00:48dia akan diperjamakan juga di Sabah. Jadi beberapa hari yang lalu apabila Ahmad Muhammad Pendanaan Menteri datang ke Tawau
00:55beliau telah mengubuhkan bahawa kita akan cuba untuk berunding dan memastikan GRS juga termasuk dalam formula Kerajaan Perpaduan
01:06untuk menghadapi PRN Sabah itu. Jadi saya harap bahawa perundangan itu akan berjalan dengan baik
01:11setakat ini kita belum lagi ada apa-apa mesyuarat secara rasmi tetapi kita bersedia untuk memastikan bahawa formula Kerajaan Perpaduan ini
01:21dia kekal di Sabah sebab kita sangat membutuhkan kestabilan politik.
01:25Jadi sebagai rati yang berakal di Sabah tentulah VBRS ingin ada peranan dalam PRN Sabah.
01:35Jadi kita akan berunding sebaik-baiknya dalam perundingan yang akan datang.
01:41Terima kasih telah menonton!

Recommended