Arab Saudi setuju untuk melabur 600 bilion dolar di Amerika Syarikat. Perkara itu diumumkan White House dalam satu kenyataan susulan pertemuan Presiden Donald Trump dengan Putera Mahkota Arab Saudi di Riyadh pada Selasa.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Arab Saudi setuju untuk melabur $600 bilion di AS. Perkara itu diumumkan White House dalam satu kenyataan, sesulan pertemuan Presiden Donald Trump dengan putera mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman Diryat pada selasa.
00:17Pelaburan tersebut merentasi beberapa industri termasuk teknologi, tenaga dan mineral.
00:22Ia turut merangkumi pembelian senjata bernilai hampir $142 bilion oleh Arab Saudi yang merupakan jualan senjata terbesar oleh Amerika dalam sejarahnya.
00:32Antara lain, Arab Saudi bersetuju untuk membeli mizal dan aset pertahanan udara serta melaksanakan modernisasi pasukan tentera darat, anggota pengawal sempadan dan sistem komunikasi tenteranya menggunakan teknologi dan perkhidmatan Amerika.
00:46Turut diumumkan adalah komitmen Arab Saudi untuk melabur $20 bilion ke dalam pusat data kecerdasan buatan AI dan infrastruktur tenaga di Amerika.
00:56Sementara itu, beberapa syarikat Amerika termasuk Google, Oracle, AMD dan Uber turut mengumumkan pelaburan $80 bilion di Arab Saudi.
01:05Manakala sejumlah syarikat Amerika turut mengumumkan pelaburan $2 bilion bagi beberapa projek pembinaan di negara itu termasuk lapangan terbang antarabangsa Raja Salman, Taman Raja Salman dan Bandar Kidia.
01:18Arab Saudi merupakan salah satu rakan dagang terbesar Amerika di Asia Barat.
01:23Pada 2024, dagangan antara kedua negara itu mencapai $25.9 bilion.
01:28Ia juga merupakan pelanggan terbesar bagi aset ketenteraan buatan Amerika dengan nilai transaksi sebanyak $129 bilion.