Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kementerian Luar memantau rapat perkembangan di rantau Asia Selatan, terutamanya keadaan keselamatan rakyat malaysia di India dan Pakistan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Luar memantau rapat perkembangan di rantau Asia Selatan terutamanya keselamatan rakyat Malaysia di India dan Pakistan.
00:07Dalam satu kenyataan pada selasa, Wisma Putra berkata pihaknya telah berhubung secara berterusan dengan suruhan jaya tinggi Malaysia di New Delhi dan Islamabad
00:17serta pejabat-pejabat konsulat di negara berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini.
00:22Pejabat-pejabat perwakilan diplomatik Malaysia yang berkenaan turut berhubung dengan rakyat Malaysia di kedua negara bagi memastikan keselamatan mereka.
00:33Jelas kenyataan itu, ini meliputi bantuan konsul dan hikmat nasihat kepada rakyat Malaysia
00:38yang terkandas susulan penutupan ruang udara dan gangguan operasi syarikat-syarikat penerbangan
00:44melibatkan 32 lapangan terbang di bahagian barat dan utara India
00:48dan lapangan terbang Islamabad, Lahore dan Karachi di Pakistan.
00:53Di India, suruhan jaya tinggi Malaysia di New Delhi
00:55serta konsulat general Malaysia di Mumbai dan Chennai
00:59sedang memberikan bantuan kepada lebih 350 rakyat Malaysia
01:03yang sedang melancong dan bekerja di kawasan terjejas.
01:07Di Pakistan, suruhan jaya tinggi Malaysia di Islamabad
01:10dan konsulat general Malaysia di Karachi
01:12giat membantu dari segi penginapan, kebajikan serta penyelarasan perjalanan rakyat Malaysia
01:18yang terkesan melalui pelbagai laluan.
01:21Sehingga selasa 13 Mei, lebih 100 rakyat Malaysia dibantu dengan kebanyakan daripada mereka
01:26sama ada telah berlepas pulang atau dijadualkan pulang dalam masa terdekat.
01:31Sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan
01:35dinasihatkan mendaftar keberadaan mereka dengan perwakilan diplomatik Malaysia terdekat.
01:41Rakyat Malaysia juga digesa menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan sempadan
01:45dan kekal berada di kawasan selamat.
01:48Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh berhubung secara langsung
01:52dengan suruhan jaya tinggi Malaysia di New Delhi.
01:55Bagi rakyat Malaysia yang berada di Pakistan,
01:58mereka boleh menghubungi suruhan jaya tinggi Malaysia di Islamabad.
02:01Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh mendapatkan bantuan melalui bahagian konsuler
02:05Kementerian Luar di Putrajaya.

Recommended