Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk empat anggota tentera maut dalam insiden letupan semasa pemusnahan peluru tamat tempoh di Wilayah Jawa Barat, Indonesia.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk 4 anggota tentera maut dalam insiden letupan semasa pemusnahan peluru tamat tempoh di wilayah Jawa Barat, Indonesia.
00:11Letupan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan pada Isnin di kawasan terpencil di daerah Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh tentera darat Indonesia.
00:21Ketua Pusat Penerangan TNI Angkatan Tentera Brigadier General Chris Tomey Sianturi berkata semua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian di kampung Sagara Cibalung dan dihantar ke Hospital Pamyung Piyuk untuk proses bedah siasat.
00:38Katanya siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian sedang dijalankan.
00:43Tambah beliau pihak berkuasa terus mengawal serta membersihkan kawasan itu kerana dikhawatirin masih terdapat bahan letupan lain yang belum dimusnahkan.

Recommended