Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hari ini memperingati ulang tahun ke-79 penubuhannya, satu detik bersejarah yang mencerminkan hampir lapan dekad perjuangan parti itu dalam membela agama, bangsa dan tanah air.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO hari ini memperingati ulang tahun ke-79 penumbuhannya,
00:06satu detik bersejarah yang mencerminkan hampir 8 dekad perjuangan parti itu dalam membela agama, bangsa dan tanah air.
00:14Sempena sambutan tersebut timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhammad Haji Hassan menzahirkan penghargaan
00:20kepada seluruh hari parti yang kekal setia dan teguh bersama UMNO walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang sejarah perjuangan.
00:30Katanya UMNO bukan sekadar nama tetapi lambang sebuah perjuangan.
00:34Dari getal lidah Datuk On Jafar ke Gemma Suara Tungkot Berahman, dari Jerit Merdeka ke Dewan Parlimen,
00:40parti ini menjadi nadi kemerdekaan, arkitek pelembagaan dan teraju utama dalam membina Malaysia Modern.
00:47UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil kebangkitan bangsa Melayu menentang gagasan Malayan Union yang dianggap sebagai bentuk penjajahan baharu.
00:56Penubuhan parti keramat itu tercetus di Istana Besar Johor Bahru apabila tokoh-tokoh Melayu dari seluruh negara bersatu demi maruah bangsa dan masa depan tanah air.
01:06Menurut Muhammad, sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, UMNO terus memacu pembangunan negara dalam era dunia yang penuh perubahan dan cabaran geopolitik,
01:15termasuk kemunculan kuasa besar baharu dan paklihan dunia kepada era zaman nuklear.
01:21Katanya UMNO membimbing langkah pertama Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia serta negara mula berjalan dan akhirnya mula berlari mengejar pembangunan.
01:31Mengakui kelemahan dan kekilafan yang pernah berlaku, Muhammad menegaskan bahawa UMNO tetap relevan dalam membentuk masa depan Malaysia, ibarat pohon rendang yang terus memberi teduhan.
01:40Beliau turut menyeru seluruh ahli UMNO agar memperbarui tekad, memperkukuh perpaduan dan mengambil iktibar daripada sejarah perjuangan parti demi memastikan kesinambungan perjuangan untuk generasi akan datang.