Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Malaysia secara rasmi telah diiktiraf sebagai negara pertama di luar benua Eropah yang menyertai Davos Baukultur Alliance, satu inisiatif global di bawah Forum Ekonomi Dunia, yang memberi penekanan terhadap nilai-nilai budaya dalam pembangunan bandar.
Transcript
00:00Malaysia secara rasmi telah diiktiraf sebagai negara pertama di luar benua Eropah yang menyertai Davos Bacalter Alliance, satu inisiatif global di bawah Forum Ekonomi Dunia yang memberi penekanan terhadap nilai-nilai budaya dalam pembangunan bandar.
00:15Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa mengumumkan pencapaian membanggakan itu telah ucapan alu-aluan pada mesyuarat tahunan anggota Davos Bacalter Alliance 2025 yang berlangsung di Ateno Veneto, Venice pada Sabtu.
00:34Beliau menegaskan bahawa pembangunan bukan hanya berkisar tentang aspek fizikal tetapi juga mengenai jiwa dan maruah masyarakat.
00:41Katanya sebuah bandar harus dibina dengan semangat bersama rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
00:47Beliau turut mengetengahkan bagaimana prinsip-prinsip pembangunan bandar CIS di wilayah Persekutuan selari dengan 8 kriteria sistem kualiti bawah kultur,
00:55sekaligus menjadikan Malaysia sebagai pelopor dalam mengamalkan prinsip bawah kultur di luar benua Eropah.
01:02Tambah beliau, bawah kultur harus menjadi satu konsep sejagat dan bukan hanya konsep di benua Eropah.
01:07Ia adalah rangka kerja global yang menuntut tanggungjawab bersama bagi membina bandar yang lestari dan berperi kemanusiaan.
01:15Dr. Zaliha berkata wilayah Persekutuan bersedia menjadi perintis dalam menterjemah prinsip-prinsip bawah kultur kepada dasar,
01:21pelaksanaan dan reka bentuk pembangunan bandar sekaligus menjadikan ia sebagai model bagi wilayah lain.

Recommended