Datuk Seri Rafizi Ramli bersedia meletakkan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi, sekiranya gagal mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti bulan ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Datuk Seri Rafizi Ramli sedia meletakkan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi
00:04sekadanya gagal mengekalkan jawatannya sebagai timbalan Presiden PKR
00:08pada pemilihan parti pada 24 Mei ini.
00:11Beliau menjelaskan walaupun berundur daripada Kabinet,
00:14tugas sebagai ahli Parlimen Pandan akan tetap diteruskan
00:17dan ketika itu beliau bebas untuk berbicara dalam apa saja perkara.
00:22Jadi tak timbul soal apa kesan pemilihan ini kepada kerajaan.
00:28Saya dah pergi jumpa pun juga kawan-kawan daripada parti lain dalam kerajaan.
00:35Saya dah pergi jumpa, saya beritahu jangan bimbang bising-bising PKR ini,
00:39kita orang bisinglah hiruk-pikuk ini biasa dalam PKR.
00:42Tapi jangan bimbang tidak ada apa-apa tindakan yang nakal
00:47ataupun yang akan menggoncang kerajaan.
00:50Kalau saya kalah, saya akan meletak jawatan,
00:53saya akan kembali sebagai ahli Parlimen biasa
00:57dan saya juga bersyukur ada hikmah di atas beberapa perkara.
01:01Satu, saya tidak dibebankan dengan tugas sebagai menteri.
01:04Teruk tahu jadi menteri ini.
01:07Banyak tanggungjawab.
01:09Tak terbuat.
01:10Satu.
01:10Yang kedua, yang saya lebih happy ialah
01:12mulut dan tangan saya,
01:14mulut tidak boleh ditutup,
01:16tangan tidak terikat lah.
01:17Sebelum ini,
01:20saya anggota pentadbiran,
01:22jemaah menteri.
01:23Kalau saya tak setuju pun,
01:25contohnya,
01:26saya tak setuju azam baki dilantik,
01:28saya tak boleh nak sebut secara terbuka.
01:33Sebab,
01:34saya anggota pentadbiran.
01:36Kalau saya sebut secara terbuka,
01:39maka itu melanggar etika
01:41kerana menyebabkan Perdana Menteri
01:43kena menjawab,
01:44kerana yang melantiknya Perdana Menteri.
01:46dan menyebabkan Perdana Menteri.
01:47Terima kasih.
01:48Terima kasih.