Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Tujuh warga Filipina termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki salinan kad pengenalan milik orang lain, Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Johari Camal, 38; Peter Camal, 45; Ajid Hasan, 43; Aisa Hamjalin Katang, 40; dan Rasid Olek, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret berasingan, Nurul Saqinah Rosli dan Saiful Sayoti.

Bagaimanapun, Alvin Faisal, 31, dan Alsaida Hassan, 28, yang merupakan suami isteri, mengaku tidak bersalah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727507/berita/semasa/tujuh-warga-filipina-didakwa-guna-ic-palsu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ICpalsu #Filipina #mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tujuh warga Filipina termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Magistrat di Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki salinan kad pengenalan milik orang lain selasa lalu.
00:13Tertuduh Johari Camal, 38 tahun, Peter Camal, 45 tahun, Ajit Hassan, 43 tahun, Aisyah Hamjalim Katang, 40 tahun dan Rasid Oleg, 27 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
00:31Bagaimanapun Alvin Faisal, 31 tahun dan Alsaida Hassan, 28 tahun yang merupakan suami isteri mengaku tidak bersalah.
00:40Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kesemua tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri sendiri.
00:53Kesalahan itu dilakukan pada 6 Mei 2025 di sekitar nilai antara jam 7 malam hingga pukul 8.30 malam.
01:00Berikutan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25-1-C Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, Pindaan 2007 dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.
01:17Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
01:24Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Ajit, Johari dan Peter, manakala Aisyah dan Rasid dijatuhi hukuman dua bulan bermula dari tarikh sabitan.
01:36Peguam Sarab Medsing yang mewakili Alvin dan Alsaida memaklumkan bahawa anak guamnya merupakan warga Sabah dan berketurunan Bajau.
01:46Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan dua penjamin warga negara terhadap Alvin, manakala Alsaida tidak dibenarkan jaminan.
01:54Terima kasih kerana menonton!

Recommended