Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam satu serangan bersenjata ke atas pelancong di Kashmir yang ditadbir India pada Selasa yang disifatkan sebagai serangan terburuk terhadap orang awam dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam satu serangan bersenjata ke atas pelancong di Kashmir yang ditakbik India pada selasa, menurut seorang pegawai kanan polis kepada AFP.
00:11Pihak berkuasa menyifatkannya sebagai serangan terburuk terhadap orang awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
00:18Perdana Menteri India Narendra Modi mengecam tindakan kejam itu yang berlaku di pusat peranginan musim panas Pahalgam sambil berikirat bahawa penyerang akan dibawa ke muka pengadilan.
00:30Seorang pemandu pelancong memberitahu bahawa dia tiba di lokasi kejadian selepas mendengar tembakan dan membawa sebahagian mangsa yang cedera keluar dengan menunggang kuda.
00:40Katanya dia melihat lelaki terbaring di tanah kelihatan seperti sudah mati.
00:44Serangan tersebut menyasarkan pelancong di Pahalgam yang terletak kira-kira 90km dari bandar utama Srinagar.
00:51Pegawai kanan polis di wilayah berkenaan menggambarkan kejadian itu sebagai pembunuhan beramai-ramai dengan sekurang-kurangnya 24 orang disahkan terbunuh.
01:01Tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu namun pemberontak di wilayah Kashmir itu telah melancarkan pemberontakan sejak 1989.
01:09Mereka menuntut kemerdekaan atau penyatuan dengan Pakistan yang menguasai sebahagian kecil wilayah Kashmir dan turut menuntut hak ke atas seluruh kawasan tersebut seperti India.
01:21Pembunuhan itu berlaku sehari selepas Modi mengadakan pertemuan dengan naik pesda Amerika Syarikat JD Vance yang sedang dalam lawatan empat hari ke India.
01:28Ketua Menteri Omar Abdullah berkata serangan itu jauh lebih besar daripada mana-mana serangan terhadap orang awam yang pernah dilihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
01:38Hangka korban sebenar dalam isteri itu masih dalam proses pengesahan.

Recommended