Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata koordinasi pengurusan bencana yang baik dalam kalangan negara-negara ASEAN telah membuahkan hasil yang positif kepada rantau Asia Tenggara. Jelasnya, melalui kerjasama ini insiden bencana seperti jerebu berjaya dikurangkan pada kadar yang signifikan. #AgendaAWANI
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Yang mana apabila koordinasi yang baik dapat dilakukan di kalangan negara-negara ASEAN, kita lihat dari segi kejadian Jarebo, ianya amat berkurangan berbanding dengan sebelum ini.
00:14Ini antara lain disebabkan oleh kerjasama dan perkongsian maklumat di antara negara-negara ASEAN yang dibuat antara lain melalui AHA Center yang telah membolehkan situasi yang begitu serius sebelum ini dapat dikurangkan secara agak drastik.
00:32Dan dalam masa sama kita juga melalui AHA Center dapat berkongsi maklumat-maklumat di antara negara-negara ASEAN yang membolehkan Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain membuat persediaan sekiranya terdapat kemungkinan berlakunya sesuatu ancaman percanaan seperti tsunami.
00:51Apabila berlakunya sesuatu gempa bumi di kawasan-kawasan itu AHA Center akan membolehkan agensi-agensi di negara-negara ASEAN membuat persiapan awal bagi mempastikan kita lebih bersedia untuk menghadapi ancaman tersebut.