Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia wajar menetapkan sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penduduk Indonesia untuk melancong ke dalam negara. Jelasnya, sasaran ini perlu ditumpukan kepada warga Indonesia yang berpendapatan tinggi. #AgendaAWANI
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kita dapati bahawa pada tahun 2023, seramai 1.4 juta pelancong daripada Indonesia berada dan mengunjungi Malaysia.
00:12Pada 2024, 2.6 juta pelancong daripada Indonesia ke Malaysia.
00:20Namun pelancong daripada Malaysia ke Indonesia agak kurang.
00:24Mungkin dari segi peratusan, kerana jumlah penduduk kita lebih kecil daripada Amerika.
00:29Namun cuba kita lihat potensi daripada hampir 280 juta penduduk Indonesia.
00:38Takkan 1.4 juta saja?
00:40Saya menganggarkan jika 10% di kalangan mereka itu berpenduduk, berpendapatan tinggi.
00:48Artinya 28 juta.
00:50Hampir-hampir sama dengan jumlah penduduk Malaysia keseluruhannya.
00:54Kalau misalnya 5% pun daripada kumpulan itu, kita akan memperolehi 14 juta di kalangan orang kaya
01:05yang berpendapatan tinggi sekurang-kurangnya untuk melancong di negara kita.