Setakat jam 7 pagi tadi, harga emas berada pada sekitar AS$3,412.97, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kita nak terus sahaja meneliti kepada apa yang dilaporkan ataupun impak berkait dengan perang dagang ini.
00:10Salah satunya adalah berkenaan dengan harga emas.
00:13Di mana saya difahamkan harga emas mencatat paras tertinggi baru pada Isnin semalam apabila 1 oz mencecah RM3,436.43.
00:26Ia susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap aset pelaburan selamat.
00:35Dan setakat jam 7 pagi tadi, harga emas berada pada sekitar RM3,412.97 selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.
00:48Dan kenaikan lebih 3.66% pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.
01:00Malah, kecenderungan Bank Pusat untuk menurunkan kadar faedah turut menyumbang kepada peningkatan harga emas.
01:06Dan selepas Bank Pusat Eropah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu.
01:13Lonjakan harga emas semakin ketara selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timba balik terhadap lebih 180 negara pada 2 April lalu.