Seorang ketua balai polis ditahan selepas didapati positif empat jenis dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Jumaat lalu.
#AWANInews
#AWANInews
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang Ketua Balai Polis di Selangor ditahan selepas dipercayai positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang, Jumat lalu.
00:09Dan perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Dato' Husin Omar Han, ketika dihubungi Estro Awani.
00:16Pegawai berusia 43 tahun itu diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam operasi mengejut kira-kira jam 5.05 petang.
00:24Hasil ujian air kencing kemudiannya mengesahkan kehadiran empat jenis bahan terlarang iaitu amphetamine, mentemphetamine, ketamine dan benzo dalam tubuhnya.
00:35Kes itu disiasat ibu pejabat polis kontingen Selangor dan suspek kini di reman dua hari bagi membantu siasatan.
00:42Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952.
00:48Sementara itu Husin menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk kes yang melibatkan pegawai pasukan keselamatan.
00:58Katanya tindakan akan diambil berlandaskan undang-undang.