Universiti Al-Azhar, Mesir bersetuju untuk memberikan diskaun yuran pengajian kepada pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di institusi pendidikan berprestij itu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Universiti Al-Azhar, Mesir bersetuju untuk memberikan diskaun yuran pengajian kepada pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat atau MARA yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di institusi pendidikan berprestij itu.
00:12Pengurusinya Dato' Ashraf Wajdi Dusuki berkata ia dimuktamadkan hasil rundingan yang diadakan 4 bulan lalu.
00:19Katanya pihak universiti bersetuju mengurangkan kos yuran daripada RM150,000 kepada hanya RM85,000 bagi tempoh 5 tahun pengajian.
00:29Ashraf Wajdi dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan beliau akan mengarahkan MARA segera menyediakan kertas cadangan kepada timbalan Perdana Menteri Dato' Suri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk diangkat kepada Majlis Jemaah Menteri.
00:42Ia bagi membolehkan MARA kembali menaja pelajar-pelajar Melayu Bumi Putra untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian di universiti berkenaan.
00:51Sebelum ini Ashraf Wajdi memaklumkan MARA sedia mempertimbangkan untuk membiayai pelajar perubatan, pergigian dan farmasi ke Universiti Al-Azhar jika kosnya lebih murah berbanding kebanyakan institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia dan mendapat diskaun daripada pihak terbabit.
01:08Terima kasih kerana menonton!