Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
00:13Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Mustafa Sakmut berkata antara inisiatif utama termasuk Bantuan Keuangan Pelajar College Community atau BKPKK, Bantuan Keuangan Asasi BKA serta Demasiswa B40 Tibet yang secara khusus menyasarkan pelajar daripada kumpulan B40.
00:32Satu polisi kementerian untuk iuran pendaftaran kita tangguhkan. Jadi tidak payah risau. Kadang-kadang itu yang saya sebut tadi ada pelajar kita yang tidak dapat masuk universiti disebabkan masalah ketidakmampuan ibu bapak.
00:51Jadi iuran pendaftaran ditangguhkan sehingga pelajar tersebut mendapat pembiayaan dan memudahkan ibu bapak agar ada sedikit untuk penyediaan. Jadi kita tidak mahu insiden berulang pelajar kita, anak kita daripada sendakan ini yang terpaksa guna karung guni untuk pergi mendaftar. Jadi sedih kita rasa.
01:18Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan karnival Jom Masuk U JMU 2025, Zon Sabah 1 di Kompleks Sukan Sandakan hari ini.
01:32Mengulas lanjut, Mustafa berkata kementeriannya juga tidak mengenepikan kolongan orang kurang upaya OKU dengan menyediakan bantuan kewangan untuk mereka melanjutkan pengajian dari peringkat sijil hingga ke PhD.

Recommended