Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda bersama dengan saya Fidaus Aziz untuk ruangan ataupun untuk rancangan fokus minggu hadapan di mana kita masih lagi membincangkan tentang keadaan geopolitik susulan terutamanya dengan kekunjungan rasmi daripada Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini di antara 15 hingga 17 April lepas.
00:27dan sebelum itu mungkin saya ingin berkongsikan tentang beberapa laporan seperti yang mana Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim membidas kenyataan pengulas politik konservatif Amerika Syarikat Bill O'Reilly yang mendakwa Asia Tenggara tiada wang sambil menyifatkan ia sebagai satu pandangan yang angkuh dan jahil.
00:44Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenyataan itu bukan sahaja menunjukkan kejahilan O'Reilly terhadap realiti semasa Asia Tenggara tetapi turut mencerminkan pemikiran sempit yang dipengaruhi sentimen perkauman dan ideologi penjajah.
00:57Tindakan itu jelas Anwar satu gambaran sikap angkuh seseorang yang takal ilmu dan menganggap hanya kelompok atau negaranya sahaja paling berjaya.
01:09Dalam sains sosial, ini disebut sebagai pemikiran yang terbawa-bawa dengan sikap imperialis menyebabkan ada sikap xenofobia, anti-kaum lain dan islamofobia.
01:20Beliau berkata dibegian selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Raya di Fitri Kementerian Kewangan di Pucajaya Pali Jumaat.
01:26Sebelum ini dalam satu segmen videonya, O'Reilly mendakwa rakyat Malaysia tidak mempunyai wang dan tidak relevan sebagai rakan dagang kepada China.
01:35Kenyataan itu dibuat ketika beliau mengulas mengenai lawata Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja baru-baru ini.
01:41Pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat memberi peluang kepada Malaysia untuk merombak strategi dalam memacukan lagi pengukuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim.
01:53Beliau juga, Menteri Kewangan berkata jika Malaysia mahu menjadi negara maju dalam kerangka madani, ia harus melakukan lonjakan atau kuantelib untuk berupaya mendepani cabaran seperti ketegangan politik dan sosial.
02:06Menyifatkan keadaan ekonomi global masa kini yang seakan-akan gale of creative destruction, Anwar menekankan bahawa Malaysia perlu mencari kaedah-kaedah baru supaya dapat melangkah maju ke hadapan.
02:20Katanya kerajaan melakukan apa yang menjadi kepentingan terbaik untuk negara dan bukan sekadar hanya memberi respons kepada cabaran semasa yang sebenarnya juga penting, tetapi Malaysia mesti terus kekal dalam haluan,
02:31iaitu menumpukan kepada pelaburan yang betul, mengatasi isu-isu ketidaksamaan serta inovasi.
02:38Beliau berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani, Kementerian Pendidikan Tinggi Siri ke-5 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Live pada Jumaat.
02:46Mengulas perkembangan yang sama, Anwar berkata tarif AS juga mendorong kesatuan Eropah-EU untuk mempercepatkan rundingan perdagangan.
02:53Jelasnya tarif AS telah mendorong EU untuk datang kepada Malaysia bagi mempercepatkan proses rundingan perjanjian perdagangan bebas FTA.
03:03Beliau turut berkata kebergantungan yang berlebihan kepada pasaran tradisional yang telah lama wujud, kini tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang sihat.
03:11Oleh itu, walaupun untuk ASEAN, ia tidak lagi mengutamakan tanggapan tradisional seperti pemusatan dan keamanan untuk ASEAN, tetapi sebaliknya menekankan perdagangan intra-ASEAN, pelaburan dan kelebihan daya saing.
03:24Forum kali ini membawa topik peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dalam mentransformasikan syarikat, mengimbangi keuntungan dan tanggungjawab sosial untuk mencetuskan negara yang berdaya cipta.
03:34Ia turut menampilkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Menteri Perdadangan dan Komoditi Dato' Sri Johari Abdul Ghani, Pegarah Urusan Kazanah Nasional Berhad Dato' Amir Faisal Wan Zahir dan Pengurusi Bukan Eksekutif Malaysia Airpods Holding Berhad yang juga Ahli Ekonomi Dr. Nung Sari Ahmad Radi.
03:51Ok, dalam pertemuan ataupun sewaktu kunjungan rasmi Presiden China ke Malaysia di mana kedua-dua pemimpin Xi Jinping dan juga Perdana Menteri Malaysia telah menyaksikan 31 memoranda persefahaman dan juga pertukaran nota yang melibatkan kemencian dan juga agensi kedua-dua negara.
04:12yang mana ia menyentuh antara lain ialah pengencualan visa, pengukuhan kerjasama dalam One Belt, One Road dan juga Twin Park kita dan sebagainya.
04:21Tetapi sebelum saya nak membawa diskusi ini, saya nak penonton S1 ini untuk kita melihat visual yang sedang tular di media sosial.
04:30Bagaimana sikap US ataupun mereka syarikat ini melihat tentang naratif ataupun tentang identiti Asia Tenggara. Kita dengarkan dulu.
04:42Ok, bersama saya di Tenggara.
05:12Saya cukup berbesar hati dapat bersama dengan pengarah program MBA Putra Business School iaitu Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif.
05:19Prof, terima kasih kerana bersama S2 Awani pada waktu dan ketika ini, Prof.
05:24Sama-sama ada jumputan.
05:25Ok, Prof. Sebelum itu, tadi kita sudah saksikan bagaimana sikap yang rata-rata penganalisis melihat ia sebagai satu sikap yang bongkar.
05:37Adakah kerana ramai yang juga melihat adakah Bill O'Reilly ini membawa maksud apabila dia menyebut Malaysia itu, adakah dia bermaksud negara Malaysia ataupun sebagai orang Melayu?
05:47Ada perbezaan di antara dua itu dan kalau boleh kita juga nak imbas Prof bagaimana Presiden Donald Trump sendiri menyebut bahawa
05:54kesemua negara yang terlibat di dalam senarai tarif itu sedang beratur hendak memujuk ataupun hendak ataupun ayat yang digunakan beliau adalah
06:03lining up to kiss my ass to make a deal dan pada kalau kita boleh ingat juga naib Presiden US VD Vance juga telah mengatakan bahawa
06:13China itu hanya peasants ataupun petani semang mata. Prof, dari segi naratif yang cuba ditunjukkan oleh Amerika Syarikat ini, adakah cuba menunjukkan bahawa mereka itu adalah segala-galanya Prof?
06:27Apabila kita melihat apa yang ditunjukkanlah, disuarakan oleh mereka ini, sebenarnya ia telah memberi bayangan awal tentang apa yang akan berlaku apabila mana-mana negara pergi mahu berunding dengan Amerika Syarikat
06:48dan kita dah sudah nampak antara petanda awal itu apabila sebagai contoh Vietnam dan Cambodia menawarkan untuk menurunkan tarif yang dikenakan kepada Amerika Syarikat
07:02Vietnam 0% dan juga Cambodia 5% tetapi ditolak mata-mata. Ini bermakna dengan sikap angkuh yang ditunjukkan ini
07:12membayangkan bahawa jika mana-mana negara yang mahu berunding ia akan lebih berat sebelah kepada Amerika Syarikat dan ia akan lebih mengikut terma-terma yang dikenakan oleh Amerika Syarikat itu
07:28dan mungkin tidak ada ruang untuk kita membawa satu titik yang boleh memberi win-win situation kepada kedua negara.
07:39Dan oleh itu, ini penting apabila kita lihat apa yang mereka suarakan itu dan apabila kita sekarang sedang merangka isi-isi perundingan
07:51kita harus bersedia dengan situasi yang mana kemungkinan persetujuan tidak dapat dicapai dan apakah plan B.
07:59Dan sebenarnya kita sudah melaksanakan plan B iaitu dengan kunjungan Presiden China Xi Jinping, dengan rendingan dengan European Union
08:09dan kita sebenarnya dah menjangkakan akan wujud situasi yang mana seluruh dunia akan meneruskan perdagangan unilateral, pendagangan bebas
08:23dan mungkin tidak akan melibatkan Amerika Syarikat dalam situasi ekonomi multipolar yang kita akan saksikan yang tak lama lagi ini.
08:34Prof, kalau kita lihat kita nak memetik kembali kenyataan daripada Perdana Menteri sewaktu beliau merumuskan lawatan Xi Jinping ke Malaysia
08:43yang mana beliau mengatakan bahawa China akan terus menjadi rakan dagang paling penting untuk Malaysia
08:48dengan kehadirannya dirasai dalam setiap denut pembangunan negara dengan aliran barangan dan juga idea kepada transformasi tenaga infrastruktur dan inovasi.
08:58Dan Prof, kalau boleh kita nak tanyakan Prof, adakah apabila kita meningkatkan kerjasama dengan China ini
09:06adakah ia juga berisiko untuk meningkatkan juga kebergantungan Malaysia, ekonomi Malaysia terhadap China
09:13kerana itu juga yang dikuatiri oleh segelintir pihak Prof?
09:16Pertama, apabila kita melihat kunjungan Xi Jinping ke Malaysia disaksikan perjanjian MOU, MOA dan sebagainya
09:29semua ini bukannya bersifat serta-merta
09:33ini memerlukan masa untuk dimeterai dan oleh itu kalau kita lihat dari sudut perdagangan aktiviti ekonomi antara kedua negara
09:44pada masa ini tidak berlaku situasi yang drastik
09:48maknanya kita tidaklah tiba-tiba terpaksa membeli banyak lebih barang daripada China ataupun sebaliknya
09:54namun ada juga situasi yang akan memungkinkan itu sebagai contoh apabila kita lihat
10:00China sudah mula mengambil keputusan untuk tidak membeli banyak barang daripada Amerika
10:05seperti terbang Boeing dan juga kemungkinan selepas ini kacang soya
10:11yang mungkin akan menyebabkan China membeli barangan daripada negara alternatif seperti Malaysia dalam bentuk minyak sawit
10:22dan juga kalau kita lihat ekspor kita ke Amerika Syarikat berbentuk semiconductor
10:28tetapi Amerika Syarikat dah orang kata tidak kenakan tarif
10:31oleh itu saya melihat mungkin ada beberapa barangan akan lebih kepada China membeli lebih banyak daripada kita
10:40berbanding daripada kita akan membeli lebih banyak barangan daripada China
10:44dan jika kalau lihat dari sudut konteks itu tidaklah akan menjawabkan kita terlalu bergantung
10:51kepada China tetapi pada masa yang sama memberi masa untuk kita meluaskan lagi pasaran melalui
11:01persahaman antara negara ASEAN melalui beberapa lagi perjanjian bebas antara rantau seperti
11:10Timur Tengah dan juga European Union dan di situ saya lihat tidak akan berlakulah situasi yang mana kita terlalu bergantung
11:19dalam jangka mata pending ini
11:21saya nak membawa perbincangan ini tentang lawatan rasmi delegasi Malaysia yang akan diketuai
11:27oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri kita Tengku Dato' Sri Zafar serta Menteri Kewangan Kedua
11:33Dato' Sri Amir Azizan tetapi sebelum itu Prof mungkin kita boleh rehat seketika Prof
11:38Baik anda masih lagi bersama dalam fokus minggu depan di mana kita masih membincangkan
11:55tentang impak lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini
11:59serta juga kita media juga sudah melaporkan bagaimana akan ada delegasi Malaysia
12:06yang akan diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Dato' Sri Zafar
12:11Abdul Aziz bersama dengan Menteri Kewangan Kedua Dato' Sri Amir Azizan
12:15yang mana mereka dijadualkan akan bertemu dengan wakil perdagangan MK Syarikat
12:19serta pegawai-pegawai di Washington pada 24 April 2025
12:23dan bersama di talian masih lagi bersama kita ialah pengarah program MBA Putra Business School
12:29Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif
12:31Prof terima kasih kerana masih terus bersama kami Prof
12:33Prof kalau boleh saya nak terus bangkitkan kepada kunjungan ataupun rundingan
12:39yang akan diketuai oleh dua menteri ini yang mana kita tahu sebelum ini
12:42Malaysia sewaktu permulaan pengenalan senarai tarif itu
12:47Malaysia dikenakan sepatutnya kalau ikutkan tarif itu nilainya di antara 46 hingga 47%
12:53mendapat diskaun menjadi 24%
12:55kemudian Presiden Donald Trump telah mengumumkan penangguhan selama 90 hari
13:00termasuk yang Malaysia juga
13:02Prof, dengan penangguhan itu bagaimana apakah yang perlu diberi keutamaan
13:08oleh delegasi Malaysia dalam sesi rundingan ini Prof?
13:13Ya, pertama kita kena fahamlah dari sudut
13:17keikhlasanlah untuk melaksanakan perundingan ini
13:23apabila Amerika Syarikat sentiasa berubah penderian
13:27mula mahu kenakan tarif kemudian tangguhkan kemudian
13:31buat pengecualian untuk barangan tertentu
13:35jadi apabila delegasi kita akan pergi berunding
13:39kemungkinan besar akan berlaku situasi seperti itu
13:43yang mana keputusan boleh lagi berubah-rubah
13:47dan apa sahaja orang kata kita punya
13:51perancangan dan juga andaian mungkin
13:55tidak boleh digunakan sama sekali kerana
13:58sikap yang tidak menentu ataupun penderianlah yang tidak menentu
14:02ditunjukkan oleh pihak Amerika Syarikat
14:04jadi dalam konteks perundingan seperti ini
14:08saya melihat delegasi kita ini mungkin tidak boleh
14:13bergantung sepenuhnya kepada apa sahaja keputusan yang dia ambil
14:17kerana bayangkanlah pergi berunding kemudian balik
14:20kemudian ke Malaysia tiba-tiba berubah kembali
14:23sedangkan Amerika Syarikat boleh ignore ataupun
14:28apa sahaja ketetapan perdagangan bebas di bawah WTO
14:33inikan pula persetujuan dengan negara seperti Malaysia
14:37oleh itu saya melihat perundingan ini
14:41memang kita ada orang kata apa yang kita mahu
14:44apa yang kita mahu capai antara kedua negara
14:47tetapi saya juga berharaplah bahawa negara kita
14:49akan bersedia dengan sesuatu yang mungkin
14:53tidak dijangka dan kita harus meneruskan
14:58kata persahaman perjanjian perdagangan
15:01dengan negara di peringkat global
15:05dengan semua negara di peringkat global
15:06tetapi mungkin bukan dengan Amerika Syarikat
15:08Prof kalau kita lihat sejarah kembali
15:11hubungan bilateral di antara Malaysia dan Amerika Syarikat ini
15:14lama Prof dia kuat, kukuh dan juga Malaysia
15:20sentiasa cuba memposisikan kedudukannya sebagai
15:23sebuah negara ekonomi terbuka open trade dan sebagainya
15:27dan cuba untuk mengekalkan hubungan yang
15:30seimbang di antara kuasa-kuasa besar
15:32tetapi apabila kita pergi ke meja rundingan
15:36Prof sudah pasti biasanya teori ataupun yang sering
15:39diungkapkan ialah kalau kita nak berunding
15:40kita perlu hadir dengan kekuatan Prof
15:42kalau kita lihat dari segi Malaysia ni Prof
15:44apakah kelebihan yang kita ada yang mungkin
15:47boleh dibawa ke meja rundingan itu Prof?
15:49saya melihat
15:54apa yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan oleh
15:59seorang pemimpin sahaja dan
16:02ianya tidak akan kekal lama
16:05hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat
16:07berjalan berapa puluh-puluh tahun
16:10dan tetapi apa yang berlaku sekarang disebabkan oleh
16:12seorang pemimpin yang mungkin dalam masa tiga tahun lagi
16:16mungkin tidak lagi orang kata mampu menjadikan
16:19situasi seperti ini
16:20oleh itu apabila kita ke meja rundingan
16:24kita kena ingat bahawa
16:26jika berlaku situasi yang mungkin bukan
16:30berpihak kepada kita
16:32tetapi impaknya mungkin tidak selamanya
16:36mungkin hanya beberapa tahun
16:38dan mungkin Malaysia mungkin apa
16:40harus bertahan lah dari segi sudut
16:44menerima orang kata permintaan
16:49ataupun syarat yang dikenakan oleh masyarakat itu
16:52ianya mungkin apa tidak akan berkekalan lah
16:55lebih daripada 4-5 tahun
16:57itu yang saya harap lah
16:58tapi kalau lihat juga Prof
17:00kalau kita nak sebut tentang hubungan bilateral ini
17:03tidak membawa maksud 100% bahawa ia adalah
17:07tentang ekspor dan e-port barangan semata-mata
17:09contoh kita juga menghantar pelajar-pelajar kita
17:12untuk melanjutkan pelajaran di sana semua
17:14kalau lah kita datang kepada worst case scenario
17:17rundingan itu tidak menjadi
17:18adakah risiko itu
17:20pertama soalan saya Prof ialah
17:22apakah alternatif selain pada China
17:24tadi Prof ada sebut tentang kesatuan Eropa dan sebagainya
17:26adakah itu memadai
17:28untuk mengimbangi perdagangan ekspor kita
17:31kerana kita faham
17:31Amerika Syarikat ini adalah rakan dagang terbesar kita
17:34selain pada China yang masih kekal nombor satu
17:36tetapi adakah dengan kesatuan Eropa itu mencukupi
17:39adakah dengan FTA-FTA dengan negara-negara lain
17:43boleh mengimbangi perdagangan kita
17:46dan juga yang seterusnya
17:47sekiranya worst case scenario dikuatiri
17:51mungkin ia akan impact kepada hubungan kita yang lain
17:53people to people sebagai contoh
17:55nak melanjutkan pelajaran dan sebagainya
17:57bagaimana Prof melihat konteks ini Prof?
17:58ok kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang
18:03Amerika Syarikat masih lagi melindungi kepentingan dia
18:08apabila berdagang dengan kita
18:11sebagai contoh apabila mereka amat memerlukan
18:14bekalan produk seperti semikonduktor
18:17yang mana kebanyakan yang mengekspor kepada Amerika Syarikat itu
18:21adalah syarikat daripada Amerika Syarikat sendiri
18:22yang bertapak di Malaysia
18:24maka mereka tidak mengenakan tarif
18:26dan juga barang pharmaceutical
18:29dan beberapa jenis barangan yang bersifat tenaga baru
18:33dan kalau kita lihat
18:35kepentingan ini tetap dijaga oleh Amerika Syarikat
18:40mungkin kat situ kita boleh buat satu
18:43kita leverage lah
18:44maknanya kita kata
18:45bagi memastikan bahawa mereka
18:48berterusan membeli barangan tertentu daripada kita
18:52maka kita boleh kata
18:54ok kita akan support industri ini
18:55tetapi pada masa yang sama kita mahu lihat lah
18:58orang kata
18:59goodwill daripada Amerika Syarikat itu
19:03untuk memastikan
19:04tidak orang kata berlaku situasi yang
19:07pelajar kita terkesan
19:08atau mana-mana lagi industri lain terkesan
19:10saya lihat
19:11walaupun Amerika Syarikat menunjukkan
19:14sifat
19:15orang kata
19:16angkuhnya
19:18tetapi pada masa yang sama
19:19mereka sedar
19:21mereka tidak boleh
19:21orang kata
19:22terus tidak mahu berdagang dengan
19:25mana-mana yang kata masuk dengan Malaysia
19:26jadi saya lihat
19:27kita masih lagi
19:28ada kelebihan
19:30yang
19:31bandar Amerika masih
19:32memerlukan kita
19:32dan ini saya lihat
19:35ruang lah
19:37untuk orang kata
19:38memastikan
19:39kepentingan kedua negara kita ni
19:41tidak
19:42orang kata teruk terjejas
19:43dan sentimen
19:44antara
19:45rakyat
19:46kedua negara ni juga
19:47kalau kita lihat
19:49setakat ini
19:50bukan semua
19:51rakyat Amerika
19:51menyokong
19:52malahan
19:53keputusan yang diambil oleh Trump tu
19:55hanya
19:55kurang daripada
19:5750% yang setuju
19:58jadi saya lihat
19:59hubungan rakyat
20:01tidaklah orang kata
20:02seburuk
20:03seperti apa yang digambarkan
20:05oleh pemerintah
20:06Amerika Syarikat itulah
20:07baik Prof
20:07kita betul-betul ada
20:08setaksa saya
20:09ada sembilan lagi
20:10Prof
20:10secara ringkasnya
20:11Prof
20:11kita juga
20:12Estrawan ni juga
20:13membawa
20:13suara rakyat
20:15yang melihat
20:15kebimbangan
20:16hari tu apabila ZJP datang
20:18risau
20:18takut Malaysia ni
20:20berat ke sebelah China
20:21kini kita akan pergi ke
20:22Amerika Syarikat
20:23untuk berundi sebagainya
20:24mungkin Prof boleh
20:25memberi
20:27sedikit
20:27mungkin
20:28pesanan kepada
20:29masyarakat tentang
20:30apa yang cuba kita lakukan
20:31dalam kita mendepani
20:32isu ni
20:32Prof
20:32secara ringkas
20:33Prof
20:33ok
20:35selagi kita
20:37berdagang
20:37beli dan jual
20:38melalui penarawaran
20:40dan juga permintaan
20:41tak ada masalah
20:42di situ
20:42selagi ada orang
20:44mahu barang kita
20:44kita boleh jual
20:45tidak ada kekangan
20:46tetapi
20:47yang
20:48mungkin lah
20:49kita mahu
20:50berjaga-jaga
20:51apabila menjalinkan
20:52hubungan dengan
20:52mana-mana negara
20:53ialah dari segi
20:54bagaimana mereka
20:55boleh mengawal kita
20:56dan mengawal itu
20:57sebenarnya melalui
20:58pembiayaan
21:00melalui hutang
21:01melalui
21:02pemilikan syarikat
21:04di situ yang kita
21:05harus pastikan
21:06dalam konteks
21:08kita berdagang
21:09dengan mereka
21:09tetapi
21:10sovereignty
21:11ataupun kita punya
21:12kedaulatan
21:14dari segi
21:15negara kita
21:16dari segi
21:16pemilikan syarikat
21:18dari segi
21:18konteks
21:19keberhutangan
21:20dengan negara tersebut
21:21harus
21:22diawasi
21:25dipantau
21:25sentiasa
21:26kita lihat
21:27satu situasi
21:28silangka
21:29kehilangan
21:30banyak
21:30tanah
21:31kerana tidak
21:32mampu membayar
21:33hutang
21:33pembinaan
21:34lapangan terbang
21:35dan juga pelabuhan
21:36dan kita tidak
21:37mahu
21:37situasi begitu
21:38jadi kepada kita
21:39berhati-hatilah
21:40apabila
21:41berdagang
21:42berhubung dengan mereka
21:42jangan kita
21:44terhutang
21:44budi
21:45dan juga
21:46terhutang
21:47dari segi
21:47pembiayaan
21:48projek-projek
21:49mega infrastruktur
21:50saya ucapkan
21:51terima kasih banyak
21:51kepada Prof. Dr. Ahmad Razman
21:54Abdul Latif
21:55yang merupakan
21:56pengarah program MBA
21:57Putra Business School
21:58bersama-sama
21:59kita membincangkan
21:59berdiskusi
22:00tentang impak
22:01kedatangan
22:02Presiden China
22:03Xi Jinping
22:03serta
22:04kumpulan
22:06pasukan rundingan
22:07yang akan diketuai
22:08oleh dua
22:08Menteri Kabinet kita
22:09ke Washington
22:10sekian saja
22:10daripada saya
22:11Fidafzazil
22:12untuk fokus
22:12minggu depan
22:13kita jumpa lagi
22:13Assalamualaikum
22:20Terima kasih kerana menonton!