Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Perlombaan robot humanoid pertama di dunia diadakan di Beijing, China pada Sabtu.
00:05Buat julung kalinya, robot dan manusia berkongsi laluan sama menerusi track perasingan dalam acara maraton tersebut.
00:11Sebanyak 20 model robot humanoid mewakili pasukan dari seluruh China mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
00:19Laluan sepanjang 21km menampilkan rupa bumi pelbagai termasuk jalan beralun.
00:25ia memberikan cabaran kepada mobiliti dan fleksibiliti humanoid untuk menyempurnakan maraton.
00:30Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat penyelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.
00:38Antaranya mengubah suai bahan yang digunakan pada kaki robot supaya tidak cepat haus
00:42serta cuba gaya baru robot berjalan bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik yang dapat memanjangkan hayat bateri.
00:49Menurut penganjur, acara ini bukan sahaja pertandingan sukan
00:52tetapi fasa percubaan untuk menguji ketahanan dan keselamatan robot humanoid.
00:57Lapan stesen rehat dan rawat R&R untuk robot humanoid disediakan membolehkan peserta menukar bateri.
01:03Robot humanoid dikenali sebagai tianggung ultra muncul juara dengan catatan kelajuan 8km sejam.
01:08seperti itu langsung selama peti.