Setakat ini, seramai 54 individu telah dirakam keterangan, terdapat saksi lain mungkin akan dipanggil sekiranya ada keperluan.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Kertas siasatan membabitkan Akbar Sinsiu Delhi berhubung isu penyiaran ilustrasi jalur gemilang yang tidak lengkap telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.
00:10Ketua Polis Negara Tan Sri Razaluddin Hussein berkata pihaknya telah melengkapkan siasatan dan merujuk kertas siasatan kepada Peguam Negara pada Jumaat untuk penelitian lanjut.
00:20Jelas beliau ketika ini Pejabat Peguam Negara sedang melakukan penelitian untuk tindakan lanjut sebelum sesuatu tindakan susulan diputuskan.
00:32Beliau menjelaskan berdasarkan siasatan awal pihak akhbar terbabit memberikan alasan insiden berlaku disebabkan kesilapan teknikal.
00:41Katanya lagi, polis sudah merahkan percakapan 54 individu selain akan memanggil saksi-saksi lain untuk memberikan keterangan berdasarkan keperluan penyiasatan.
00:52Setakat ini, katanya polis menerima 40 laporan berhubung isu itu di seluruh negara.
00:57Kes disiasat mengikut Seksyen 3, Seksyen 1 perenggan C, Akta Lambang dan Nama mencegah penggunaan tidak wajar 1963 serta Seksyen 4, Seksyen 1 perenggan B, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.