Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mewajibkan semua yang ingin memasuki Mekah untuk mendapatkan permit masuk yang sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Direkturat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan urusan dan prosedur haji akan dikuat kuasa pada Rabu 23 April akan datang.
00:10Sebagian daripada prosedur tersebut adalah mewajibkan semua individu yang ingin memasuki Mekah untuk mendapatkan permit masuk yang sah.
00:18Mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak akan dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju ke kota suci itu.
00:24Pihak Kuasa menegaskan bahawa aturan dan prosedur haji bagi tahun 1446 hijrah akan dikuat kuasakan dengan ketat.
00:32Kenderaan dan penduduk yang tidak memiliki permit kerja di kawasan suci, di dalam penduduk Mekah atau permit haji rasmi dari negara asal akan diarahkan berpatah balik.
00:44Menurut Direkturat Keselamatan Awam, permit masuk ke Mekah bagi mereka yang bekerja semasa musim haji akan dikeluarkan secara elektronik melalui platform AppShare Individuals dan portal Mukim
00:56menerusi integrasi dengan platform digital bersepadu bagi pengeluaran permit haji.
01:01Terima kasih telah menonton!