Keenakan lokan bakar yang dimakan bersama sambal kicap dan kesegaran puding kelapa - menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Kampung Salut, Tuaran.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Kalau anda datang ke Sabah tidak lengkap jika tidak singgah menikmati lokan bakar dan puding kelapa yang terletak di kampung salut di Tuaran.
00:10Kenaikan rasa lokan bakar serta kesegaran puding kelapa menjadikan kampung salut antara destinasi wajib bagi pencinta makanan laut dan pencuci mulut tradisional.
00:21Deletan kedai menawarkan menu tersebut dengan keistimewaan tersendiri bagi memikat hati pengunjung dari pelbagai lokasi.
00:30Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tuaran mengambil masa sekitar 40 minit bukanlah sesuatu yang merugikan untuk tiba di kawasan yang boleh disifatkan sebagai permata kulinari.
00:44Deriah Dumboi antara yang mengusahakan perniagaan tersebut sejak tahun 2000.
00:49Ibu kepada tiga cahai mata ini memulakan perniagaan dengan membuka gerai kecil di tepi jalan.
00:56Dia menjual lokan yang dibakar bersama ramuan khas seperti bawang putih, bawang merah dan kelapa parut.
01:05Selain itu menawarkan puding kelapa yang disajikan dalam tempurung kelapa muda memberikan rasa lemak manis yang menyegarkan terutama dinikmati pada cuaca panas.
01:15Proses dia ini yang spesial dia ini dek, kami guna air kelapa yang original, kami guna agar-agar, susu, santan begitu.
01:29Lepas itu kalau kami bikin tuang dalam kelapa, dalam puding dalam buah kelapa itu, lepas itu kami tuang di dalam cup ini, kami isi kelapa lagi itu puding.
01:40Nah, itulah. Paling spesial, orang selalu suka yang dalam kelapa itu.
01:46Kalau yang masak itu dek, tengok anulah, tengok keadaan dek.
01:54Sebab kalau kita masak ini, kita mesti mahu kasih hancur tu agar-agar supaya dia tak berbiji-biji kan.
02:00Kalau dia sudah hancur, baru kita kasih masuk, dia punya santan begitu, air kelapa, susu gitu lah. Kita gaul-gaul dia.
02:07Pemilik gerai sahabat dua ini mendapat bekalan kelapa muda daripada pembekal di kota Blut.
02:14Pengunjung dari dalam dan luar negara datang untuk menikmati keistimewaan lokan bakar dan puding kelapa yang sukar didapati di tempat lain.
02:24Seiring dengan peningkatan populariti, kawasan gerai di kampung salut telah mengalami transformasi.
02:30Daripada deretan gerai di kaki lima jalan, kini ia berubah wajah menjadi medan selera yang lebih tersusun dan selesa untuk para pengunjung.
02:41Ini antara bukti komitmen Kerajaan Negeri Sabah bagi membangunkan kawasan taman perindustrian yang mampan dan berdaya saing.
02:49Kalau ikut betul, di bawah itu okey juga. Memang orang bilang okey lah juga.
02:57Tapi kami naik di gerai baru ini, keselesaan dia memang selesa lah.
03:03Pasal ada kerun dia kan, ada lampu, ada air dan lagi selesa lah.
03:10Dalam masa sama, deriah 55 tahun berharap Kerajaan Negeri akan terus membantu peniaga kecil dalam mengembangkan perniagaan mereka termasuk memudahkan bantuan one-off sebanyak RM5,000.
03:31Laporan penuh mengenai harapan peniaga lokan bakar dan inisiatif Kerajaan Sabah akan turut disiarkan dalam segmen Awani Sabah Plus.