Kesemua mereka yang ditahan merupakan pekerja sebuah restoran makanan Arab popular di Bukit Bintang.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Pada restoran makanan Arab popular di Bukit Bintang di Serbu Jabatan Imigresen, 45 warga asing ditahan kerana termasuk 5 wanita yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.
00:13Jabatan Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Muhammad Saupi Wan Yusof berkata, kesemua ditahan merupakan pekerja restoran yang berusia 21 hingga 45 tahun.
00:25Mereka terdiri daripada 14 warga negara Yemen, Bangladesh 10 orang, Syria 7 orang, masing-masing 4 dari Pakistan dan Mesir, Indonesia 3 orang, serta seorang dari Myanmar, Afghanistan serta Filipina.
00:40Dalam kenyataan hari ini, Wan Muhammad Saupi berkata, mereka melakukan pelbagai kesalahan imigresen, antaranya salah guna PAS, tidak mempunyai permis sah dan PAS tamat tempoh.
00:49Beliau menambah operasi sejam bermula 10.40 malam dilancarkan susulan aduan awam dan ia melibatkan 35 pegawai dan anggota gym Kuala Lumpur.
00:59Katanya lagi, tinjauan awal dan risikan gym Kuala Lumpur juga berjaya mematahkan cubaan pekerja warga asing berkenaan menyamar sebagai pelanggan ketika serbuan.
01:07Kesemua mereka dibawa ke depo imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.
01:10Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 39 Kurungan B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6 Kurungan 1 Kurungan C Akta Imigresen 1959-1963.