Tarif berkenaan meningkatkan kos pengeluaran industri, sekali gus menjejaskan kecekapan ekonomi, mengurangkan manfaat perdagangan serta melemahkan daya saing
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Unido menyuarakan kebimbangan terhadap kesan buruk akibat kenaikan tarif baru oleh Amerika Syarikat terhadap pembangunan ekonomi global dan pertubuhan industri.
00:14Unido menegaskan langkah menaikan tarif adalah pendekatan yang salah. Selain itu, menyatakan bahawa pelaksanaannya tidak disokong bukti kukuh bagi mencapai matlamat yang disasarkan.
00:25Menurut artikel itu, tarif berkenaan meningkatkan kos pengeluaran industri sekaligus menjejaskan kecekapan ekonomi, mengurangkan manfaat perdagangan serta melemahkan daya saing.
00:38Unido juga memberi amaran bahawa dasar seringkan akhirnya akan mengancam peluang pekerjaan di seluruh dunia dengan menjejaskan negara-negara paling rentan.
00:48Selain itu, pertubuhan itu beri amaran bahawa kesan negatif kenaikan tarif tidak hanya menimpa negara yang sudahpun terdedah kepada risiko, tetapi juga negara pelaksanaan itu sendiri bakal mencetuskan ketegangan geopolitik serta meningkatkan ketidaktentuan global.
01:05Dalam berita, Ketua Pengarah Unido, Gerd Mueller, menggesa Amerika serta negara perindustrian lain untuk bekerjasama dengan negara membangun.
01:16Ia bagi mewujudkan situasi menang-menang dan mewujudkan ekonomi global yang adil serta mampan demi kesejahteraan jangka panjang semua pihak.
01:25Dalam unjuran ekonomi 2025, tepikkan kami selalu, pertubuhan perdagangan dunia meramalkan perdagangan global akan merosot sebanyak 0.2% akibat kesan tarif AS serta ketidaktentuan hubungan perdagangan dengan negara itu.