Amerika Syarikat akan kurangkan jumlah tenteranya di Syria kepada kurang 1,000 anggota dalam beberapa bulan, namun kekal komited menentang ISIS dan ancaman pengganas lain.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Kita teruskan dengan berita global. Tentera Amerika Syarikat dijadwal menyusun semula kehadirannya di Syria dalam tempoh minggu dan bulan mendatang.
00:09Langkah itu dijangka mengurangkan jumlah anggota kepada kurang daripada seribu, menurut jurucakap utama Pentagon, Sean Parnell.
00:20Pada masa ini, sekitar 2,000 anggota tentera Amerika ditempatkan di beberapa pakalan di Syria,
00:26khususnya di kawasan timur laut di mana mereka bekerjasama dengan pasukan tempatan untuk mengekang kebangkitan semula kumpulan militer Islamic State ISIS.
00:35Parnell juga menjelaskan pengurangan ini akan dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan situasi semasa di lapangan.
00:41Ia dijangka akan mengurangkan kehadiran tentera secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang.
00:46Arahan penyusunan semula ini telah dikeluarkan oleh setiusia pertahanan Pete Hexhaf dan akan dilaksanakan di bawah seliaan pasukan petugas gabungan Operasi Inherent Resolve
00:55di lokasi-lokasi strategik Syria.
00:57Komando Pusat Amerika Syarikat akan terus mengekalkan kesiapsiagaan untuk melancarkan operasi tenteraan terhadap sakibaki kumpulan ISIS.
01:05Pada masa sama, memperkukuh kerjasama dengan rakan pakatan bagi menghadapi ancaman penganas.