Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
AS dikatakan bersedia mengiktiraf kawalan Rusia ke atas Crimea sebagai sebahagian daripada perjanjian damai dengan Ukraine, menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber dalaman.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dilaporkan bersedia untuk mengiktiraf kawalan Rusia ke atas wilayah Crimea di Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian damai menyeluruh antara Moskow dan Kiev.
00:11Langkah ini dianggap sebagai satu konsesi penting dan menjadi petunjuk terbaru bahawa Presiden Donald Trump berusaha untuk memuktamadkan perjanjian genjatan senjata yang mampu mengakhiri konflik antara kedua-dua negara tersebut.
00:23Menurut laporan Bloomberg News yang membentik sumber, perkembangan ini diumumkan serentak dengan kenyataan Trump dan setiausaha negara Marco Rubio yang menjelaskan bahawa pentadbiran mereka bersedia menghentikan usaha pengantaraan damai sekiranya tiada kemajuan dicapai dalam masa terdekat.
00:40Namun perbincangan damai ini menghadapi cabaran besar kerana Rusia terus melancarkan serangan terhadap bandar-bandar Ukraine seperti Sumi dan Kharkiv menyebabkan kematian orang awam dan meningkatkan krisis kemanusiaan.
00:52Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menolak sebarang perjanjian yang tidak melibatkan keselamatan dan kedaulatan negaranya sambil menegaskan bahawa bantuan ketenteraan Amerika tidak seharusnya dijadikan hutang.
01:04Sementara itu Trump menyatakan beliau akan menetangani perjanjian pelaburan mineral dengan Ukraine yang dilihat sebagai usaha untuk mendapatkan pulangan daripada bantuan ketenteraan yang telah diberikan.
01:14Namun perjanjian ini masih memerlukan pengesahan oleh Parlimen Ukraine.

Recommended