Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Hospital Miri berjaya melaksanakan pembedahan pendermaan organ atau transplantasi organ pertama tahun ini.
Transcript
00:00Hospital Miri berjaya melaksanakan pemberdahan pendermaan organ atau transplantasi organ pertama tahun ini membabitkan seorang pesakit lelaki berusia 43 tahun yang sudah meninggal dunia.
00:13Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Hospital Miri, Mendiang adalah pengikrar penderma organ berdaftar sejak 2014.
00:23Hasrat mulianya kini menjadi kenyataan dan beliau menghadirkan buah pinggangnya kepada pesakit memerlukan.
00:30Pemberdahan itu juga adalah yang kelima di Hospital Miri.
00:34Pemberdahan itu dikendalikan oleh pakar bedah Hospital Umum Sarawak Dr. Aaron Goh dan Dr. Kamaraj yang dibantu oleh Pasukan Pusat Sumber Transplan Nasional terdiri daripada Dr. Engku Emilia Engkuawang, SN Muhammad Alif Abdullah serta dua jururawat urologi iaitu Siti Zulaika Maksidik dan Lis Estevera Gabin.
00:54Terut terbabit Dr. Umar Devi Ramadas dari unit perolehan organ hospital umum Sarawak dan pasukan top tim Hospital Miri.
01:02Hospital Miri terut merakamkan ucapan takziah dan perhargaan kepada isteri serta keluarga Mendiang atas keputusan berani dan penuh keikhlasan membenarkan organ Mendiang didermakan.
01:12Keputusan besar ini adalah lambang cinta dan kasih sayang mendalam serta keinginan untuk memberikan harapan dan kehidupan baru kepada orang lain.
01:21Tindakan itu juga mendapat perhatian ramai warganet yang memberikan perhormatan dan perhargaan kepada Mendiang serta keluarganya pada ruangan komen hantaran tersebut.

Recommended